Isnin, Ogos 07, 2017

Heran juga dengan PAS ni. Masih lagi diorang nak jaga kemaluan PKR sedangkan secara terang - terangan parti itu sudah mengkhianati mereka dengan penuh penghinaan sebelum ini.

Dari satu sudut, tindakan PAS ini memperlihatkan yang parti itu masih lagi berada dalam keadaan terdesak untuk menagih sokongan pihak luar dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Walaupun sejeka parti itu bertindak keluar dari Pakatan dan mendakwa kononnya mereka mampu untuk bersaing dengan parti lain, namun tindakan mereka menggambarkan sebaliknya.

Jika sebelum ini, mesyuarat Biro Politik PKR telah membuat keputusan mengeluarkan arahan rasmi serta merta agar semua pemimpin parti itu di Kelantan meletakkan jawatan lantikan mereka.

Arahan rasmi serta merta itu dikeluarkan ekoran tindakan PAS yang telah membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik atau Tahaluf Siyasi mereka dengan PKR.

Namun malangnya sehingga ke hari ini, masih belum ada dikalangan pemimpin PKR Kelantan itu yang akur dengan arahan rasmi serta merta yang dikeluarkan oleh Presiden parti itu.

Sebaliknya, pemimpin PKR Kelantan hanya tampil dengan alasan demi alasan untuk mengekalkan jawatan lantikan Politik mereka yang telah dibuat oleh Rejim pimpinan PAS sebelum ini.

Tetapi, disebalik keengganan pemimpin PKR itu melepaskan jawatan serta memalukan Presiden parti mereka, PAS pulak tampil dengan sindiran yang membayangkan parti itu Gila Jawatan.

Terbaru, Timbalan Presiden PAS membuat dakwaan kononnya parti itu masih lagi terbuka untuk mengekalkan jawatan lantikan Politik yang telah diberikan kepada pemimpin PKR di Kelantan.
"Saya lihat kalau kita pentingkan soal pentadbiran, rakyat dan sebagai saya fikir tindakan PKR itu betul. Sebab keutamaan kita ialah soal kebajikan rakyat dan beri bantuan yang mana kita boleh beri sumbangan," katanya kepada Antarapos.
Secara tidak lansung, kenyataan Timbalan Presiden PAS itu dapat dilihat dari dua sudut. Yang pertama, ianya membayangkan PAS masih lagi berada dalam keadaan terdesak. Dan yang kedua, kenyataan itu dianggap sebagai satu sindiran terbuka buat PKR yang memang Gila Jawatan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Biar ja dan lihat.. pkr lilin bakar diri..
    Lagi bagus..
    Selagi tak settle selagi tu lah pkr kelantan nampak buruk dimata penyokong dan rakyat..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping