Selasa, Ogos 22, 2017

SPRM hari ini menyerbu pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) milik kerajaan Selangor bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.

Sepasukan 5 anggota SPRM dari Putrajaya berpakaian seragam tiba dengan 2 kenderaan rasmi di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Bangunan SUK di sini kira-kira 10.50 pagi tadi, sebelum naik ke tingkat 14.

Kunjungan SPRM ini hanya kurang sejam selepas serbuan yang dibuat di Unisel di Bestari Jaya dan Shah Alam, serta pejabat Jana Niaga.

Sumber memberitahu FMT, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman kini di Mekah untuk mengerjakan haji, menyebabkan SPRM mengambil butiran daripada pegawai MBI yang lain.

Pada 25 Julai, MBI mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendakwanya terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada Jana Niaga.

MBI sebelum ini menafikan membuat bayaran RM60 juta kepada Jana Niaga dan mahkamah tidak pernah memutuskan syarikat itu mahupun Unisel berlaku salah.

Menurutnya, dakwaan membuat pembayaran kepada Jana Niaga, walaupun kontraktor itu melanggar perjanjian dan gagal dalam tuntutan tunggakan bayaran adalah tidak benar.

Susulan itu, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mempersoalkan MBI bila proses timbangtara dengan Jana Niaga akan dilakukan.

Ia selepas MBI menyatakan terdapat proses untuk menyelesaikan pertikaian mengenai pembayaran kepada syarikat itu.

Rizal meminta MBI menyatakan siapa yang terlibat dalam timbangtara itu, sambil berkata Unisel tidak bersetuju dengan terma yang dicadangkan MBI dan bayaran pendahuluan RM10 juta kepada Jana Niaga, merujuk kepada dakwaan sebuah blog.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping