Ahad, Ogos 06, 2017

Pada Rabu 2 Ogos 2017, pasukan peguam dari firma Carter-Ruck dan barrister Jacob Dean, yang mewakili Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (TGHA) dalam saman fitnah yang diambil terhadap Clare Rewcastle Brown (CRB), di London Courts, telah menghadiri prosiding mahkamah untuk pendengaran prosiding pengurusan kes.

Saman sivil Hadi Awang itu adalah berkaitan dengan artikel yang ditulis oleh CRB pada Ogos 2016, yang memberi gambaran tuduhan dan difahami dengan jelas adalah satu fitnah, melalui tuduhan bahawa TGHA menerima rasuah dari Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib dengan nilaiannya RM 90 juta.

Pendengaran pengurusan kes pada hari berkenaan adalah untuk menentukan usaha CRB bagi memaksa TGHA untuk mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya TGHA kalah dalam kes berkenaan dan terpaksa membayar  kos guaman CRB, di mana CRB menjangkanya dalam lingkungan jumlah keseluruhan £800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sehingga kes tamat.

Panel peguam TGHA dari Carter-Ruck berjaya berhujah, dengan dibantu oleh pandangan pakar undang-undang dari Malaysia, bahawa sebenarnya wujud undang-undang yang jelas yang tidak menghalang CRB untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000 sahaja.

Di atas keyakinan dari awal terhadap kes ini, maka TGHA bersetuju dengan deposit keselamatan dengan jumlah ini yang nyata adalah memadai serta tidak kontroversi.

Hujah CRB bahawa beliau akan gagal membawa kes saman terhadap TGHA di Malaysia adalah kerana Badan Kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan TGHA telah ditolak oleh mahkamah di London. Mahkamah juga mendapati bahawa tuduhan serius ini tidak disokong bukti oleh CRB walaupun beliau mempunyai masa berbulan-bulan untuk berbuat demikian.

Mahkamah juga tidak menerima hujahan CRB tanpa membawa bukti, bahawa sebuah negara luar berdaulat yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan United Kingdom telah mengamalkan rasuah.

Hasil dari hujah kosong dalam permohonan CRB, mahkamah juga telah mengarahkan beliau membayar 2/3 (dua pertiga) dari kos yang terlibat. CRB mesti membayar £15,000 ( hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh TGHA, di mana kuantum pembayarannya akan di pantau oleh mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan CRB untuk membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes ini dapat diteruskan dan beliau tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih.

Permohonan rayuan CRB terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah. Perkembangan ini adalah sangat positif, dalam proses TGHA untuk membersihkan nama beliau terhadap tuduhan fitnah melampau oleh CRB dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. pakat copy paste je kat semua blog? jangan happy sangat bro..

    BalasPadam
  2. Cari penyakit...nak fitnah org tak fikir dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping