Pasti ramai yang sedari bahawa kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin ni dalam keadaan terpaksa. Realitinya, dia bukannya bersetuju sangat dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan.
Secara umumnnya, semua orang sedia maklum bahawa Si Azmin ni Pro kepada PAS selepas dia berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari dicapai oleh Wan Azizah sebelum ini.
Perkara ini bukan kita yang dedahkan, bukan mainan propaganda Barisan Nasional. Sebaliknya ia dinyatakan sendiri oleh puak Pakatan Haprak tu seusai perencanaan Langkah Kajang.
Namun, ianya bukan satu perkara yang pelik. Sedangkan sewaktu dia bertanding di Parlimen Gombak sebelum ini pun, Si Azmin tu banyak dibantu oleh jentera PAS Kawasan tersebut.
Maka, tindakan dia yang beria - ia mahu mewujudkan kembali hubungan kerjasama Politik dengan PAS sebelum ini bukan satu perkara yang baru. Tetapi ianya memang sudah dijangkakan.
Yang silapnya ialah apabila Si Azmin tu menjadi 'Terlalu Ghairah' mahu perkara itu diadakan secepat mungkin dengan menggunakan jawatan barunya sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan.
Azmin mendakwa, salah satu peranan utama bagi jawatan tersebut ialah untuk berunding dengan PAS agar pertembungan 3 penjuru diantara Pakatan dan PAS dalam PRU yang akan datang tidak berlaku.
Namun, dakwaan yang dibuat oleh Azmin itu disangkal dan dikecam oleh sekutu PKR dalam Pakatan. Terutama dikalangan pemimpin PAN dan DAPigs yang merupakan Musuh Utama PAS.
Disebabkan bantahan itu, Si Azmin tu mendakwa kononnya rundingan dengan PAS itu tidak melibatkan parti - parti lain dalam gabungan Pakatan. Sebaliknya, hanya PKR sahaja yang terlibat.
Mungkin Si Azmin ingat, alasan yang diberikan itu dapat meredakan rasa tidak puas hati PAN dan DAPigs. Dia tidak sedar bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu merupakan satu penghinaan kepada mereka.
Maka, disitu la punca kemelut dalam Pakatan hari ini. Ianya bermula dek kerana Si Azmin ni "Ghairah" nak menjaga kepentingan Politik Peribadinya dan mengekalkan kedudukan di Selangor. Jadi, tak heran la kalau ada yang mendakwa Si Azmin tu 'Terpaksa Akur' dengan keputusan Pakatan!!!


Pkr perlu terus bersama pas jika mahu mentadbir selangor.
BalasPadamterdapat sebahagian penyokong pkr yang mahukan kerjasama dengan pas. sebahagian lagi tertarik dengan ph. ada juga penyokong tawar hati untuk memberi undi kepada ph disebabkab ppbm dipimpin oleh tun m. kemarahan mereka tidak pernah padam disebabkan kekejaman tm terhadap dsai. mereka akan terjemahkannya dalam pru14.. inilah namanya protes dalam senyuman.
BalasPadam