Isnin, September 18, 2017

Hahaha! Begitu la betapa RETORIKnya puak - puak Pakatan Haprak ni. Pantang betul diorang kalau ada ahli yang bertindak keluar dari parti kerana tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.

Sudah la mereka ini menjadi mangsa Politik Toksik yang diamalkan oleh pucuk pimpinan parti. Sekarang mereka terpaksa pula berhadapan dengan tuduhan dan dakwaan dari bekas parti mereka sendiri.

Macam - macam alasan dan dakwaan yang diberikan. Malah ada pulak yang menuduh orang tu kurang jati diri kerana kecewa permintaan yang dibuat tidak dipenuhi oleh pucuk pimpinan.
"Ternyata sikap kecewa ini timbul apabila kita punyai satu hasrat yang tinggi dan kita mengharapkan pimpinan memenuhi hasrat itu. Jika hasrat itu tidak dapat dipenuhi maka kita akan jadi kecewa. Bukan begitu?
"Jadi kecewa ini rasa yang terhasil daripada satu keadaan yang tidak penuhi citarasa kita. Kita nak macam itu maka tidak jadi begitu. Kita rasa kecewa. Kalau kita tidak ada kehendak untuk apa-apa. Maka ikhlas saja, kita tidak rasa kecewa lah," kata Ketua Penerangan PPBM ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Begitu la alasan puak Pakatan Haprak ni dalam menafikan kebenaran. Diorang ni jenis manusia yang tak boleh terima kelemahan diri mereka sendiri. Maka sebab itu diorang suka salahkan orang lain.

Walhal, yang mengambil tindakan keluar dari parti tu pun adalah disebabkan mereka kecewa duduk dalam parti yang tidak mempunyai hala tuju nak menjaga kepentingan rakyat.

Sebaliknya, pucuk pimpinan parti itu hanya sibuk nak mengejar kuasa dan menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin tertentu sahaja. Bukannya diorang berjuang demi rakyat.

Tambah mengecewakan ialah apabila ada dikalangan pemimpin parti itu sendiri yang sanggup menabur fitnah secara terbuka terhadap pemimpin - pemimpin yang tak sehaluan dengan parti.

Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa parti yang mereka sertai itu tidak terbuka dalam menerima kritikan yang diberikan walaupun mereka menuduh orang lain sedemikian. Itu yang orang kata parti PPBM ni cakap tak serupa bikin!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Yang si Pak Panthir dan Pak Bidin tu kuat sangatlah jati dirinya...Keahrrr Petuiii dasar pemecah belah orang melayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping