Isnin, September 18, 2017

Heh! Meroyan sakan jugak puak - puak Pakatan Haprak ni bila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib buat pengumuman kembali menyertai UMNO semalam.

Dan salah seorang daripada yang bersuara mengenai tindakan Mat Taib tu semalam ialah Ketua Wanita PKR, Si Zuraidah Mak Lampir tu yang mendakwa tindakan itu tidak memberi kesan.

Kata Si Mak Lampir tu, selama hari ini, kewujudan bekas Menteri Besar Selangor tu telah hampir dilupakan semenjak dia masuk menyertai PKR selepas kecewa dengan PAS yang keluar dari Pakatan.
“Tidak menambah atau mengurang dan tak ada apa-apa yang beliau mainkan peranan. Beliau sendiri pun kita hampir lupakan dan hari ini kita dapat tahu beliau kembali kepada Umno. Jadi tidak ada sebarang kesan pun,” katanya dipetik Sinar Harian.
Secara tidak lansung, kenyataan Si Mak Lampir itu membuktikan bahawa PKR tidak mengiktiraf peranan dan pengaruh pemimpin - pemimpin yang masuk menyertai parti tersebut.

Sebaliknya, pemimpin seperti Tan Sri Mat Taib hanya layak diletakkan didalam peti sejuk kerana dia tidak mempunyai sifat bias terhadap mana - mana individu tertentu dalam Politik.

Selama Tan Sri Mat Taib berada dalam PKR, dia tidak memihak kepada kartel Azmin Ali selaku Timbalan Presiden. Malah Mat Taib juga tidak Pro kepada Kem Wan Azizah selaku proksi Anwar.

Mat Taib tidak seperti Kamaruddin Jaafar yang sama - sama menyertai PKR selepas keluar dari PAS sebelum ini. Kamaruddin memang jelas merupakan pemimpin yang Pro Kem Wan Azizah.

Maka, atas dasar itu pemimpin seperti Tan Sri Mat Taib tidak mendapat tempat dikalangan pemimpin - pemimpin PKR. Sebab syarat utama kalau nak jadi ahli PKR dan diberi peranan dalam parti, dia mesti jadi 'Barua' kepada Kartel Azmin atau Kem Wan Azizah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Wah!....MAT TAIB sudah kemblai ke pangkuan umno.
    ALHAMDULILLAHHHHHHHHHHHHHhhhhhhhhhh......ADA CUTI TAK....????

    BalasPadam
  2. Makin banyak lompat si katak lompat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping