Isnin, September 18, 2017

Exco Selangor, Dr. Daroyah Alwi dari PKR menafikan laporan bahawa lapan ADUN parti berura - ura keluar daripada parti untuk menumbangkan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali.

ADUN Sementa itu menegaskan, perkara seperti itu tidak akan berlaku dan sebarang cubaan untuk mengambil alih kuasa di Selangor seperti mana yang pernah berlaku di Perak hanya sia-sia. 
"Yang disebut lapan ADUN PKR Selangor akan sertai sidang media (semalam). Itu memang tak akan pernah berlaku dan terlintas difikiran kami. (Apa yang berlaku di Perak) tidak akan berjaya untuk (dilakukan) di Selangor.  Tidak akan (berjaya)," katanya. 
Sebuah portal berita hari ini memetik sumber yang mendakwa kononnya ada lapan orang ADUN PKR semalam sepatutnya keluar parti untuk menjatuhkan Rejim Pakatan yang dikuasai mereka.

Sebaliknya hanya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang keluar PKR untuk menyertai Umno.

Daroyah juga berkata, dia bersama - sama dengan semua ADUN dari Pakatan akan tetap berdiri teguh dibelakang Azmin Ali dalam Rejim Pakatan Selangor yang sedia ada pada hari ini.
"Sudah tentu, kita kekal dengan prinsip (untuk) bersama dalam perjuangan PKR. Walau apa pun yang akan menganggu-gugat, kita tetap teguh dengan prinsip perjuangan PKR bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah. 
"Dan di Selangor bersama Datuk Seri Azmin Ali. Itu kami tak berbelah bagi dalam hal tersebut," tegas beliau.
Semalam Tan Sri Muhammad yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor mengumumkan keluar PKR kerana kecewa parti itu tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam. Mat Taib menyertai PKR pada tahun 2015 setelah dua tahun menyertai PAS.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping