Rabu, September 06, 2017

Mungkin ini gaya Politik Baru yang nak dibawa oleh bekas Pak Timbalan Menteri ni gamaknya. Tapi dengan cara yang cukup memalukan Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan itu hari ini enggan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rundingan antara PKR dan PAS diteruskan 'dalam kerangka Pakatan Harapan'.

Malah dia juga bertegas PH tetap berkeputusan menutup pintu rundingan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Majlis Setiausaha tak nak komen kenyataan Anwar itu. Kita berpegang kepada mesyuarat majlis Presiden pada 28 Ogos lalu," katanya ringkas dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Umum PKR yang telah dikeluarkan melalui Biro Politik PKR pada sabtu lalu.

Anwar menerusi warkah itu mengesahkan dia mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama pakatan bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.

Ujar Si Ketua Penipu tu lagi, jikapun rundingan PKR-PAS membuahkan hasil ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 29 Ogos lepas sudahpun memuktamadkan gabungan itu menutup pintu rudingan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh pula memberitahu warkah Si Ketua Penipu itu sengaja diperbesar - besarkan dan ianya tidak perlu disensasikan oleh mana - mana pihak.
"Kenyataan tu sudah keluar, bagi saya kita terima itu saja. Kalau kita buat spekulasi atau andaian-andaian memang tiada kesudahan. Jadi saya terima sekadar itu.
"Kita komited kepada apa yang dibuat dalam PH, urusan lain terserah kepada kebijaksanaan pemimpin tapi jangan lari daripada komitmen untuk PH (bahawa) tiada kerjasama dengan PAS dalam PRU14. 
"Sebab tu dalam sidang media hari ini kita kata perbincangan kerusi hanya dalam PH. Tak timbul isu nak bagi kerusi pada PAS," ujar beliau.
Warkah Anwar itu mencetuskan polemik apabila Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ahli Seumur Hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa ia ditambah 'ajinomoto' serta 'disolek' pihak berkepentingan dalam parti itu.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping