Rabu, September 06, 2017

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tampil membidas DAPigs secara terbuka supaya parti itu tidak membuang masa untuk bertanding di satu - satunya kerusi Parlimen PSM di Sungai Siput.

Anggota Jawatankuasa Pusat parti itu mempertikaikan hasrat DAPigs Perak yang berebut kerusi tersebut walhal PSM hanya akan bertanding tiga peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen seluruh negara.
“DAP dan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya fokus dalam mengalahkan BN (Barisan Nasional) dan bukan membuang masa bertanding di tiga peratus sahaja kerusi yang PSM akan bertanding,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Arutchelvan menyifatkan PH sebagai tidak mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan mereka walaupun PSM awal-awal lagi menyatakan kesediaan untuk sebarang rundingan kerjasama.
“Dalam mana-mana gabungan, menjadi peranan mana-mana parti besar untuk membina ikatan.
“Tapi jelas kini PH tidak berminat untuk bekerja dengan PSM walaupun kami sudah menyatakan secara terbuka untuk membentuk gabungan pilihan raya bagi mengelakkan saingan tiga penjuru,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Arutchelvan mengingatkan DAPigs supaya tidak angkuh memandangkan parti pernah bertanding di Sungai Siput menentang calon PSM dan BN pada tahun 2004 dan mendapat undi paling sedikit.

Ketika itu, DAPigs yang meletakkan PP Sanmugam sebagai wakil parti itu hanya memperoleh 9.4 peratus daripada undi yang dibuang dan hampir kehilangan wang depositnya.
“Apabila DAP menentang PSM pada tahun tahun 2004, ini hanya memberi kemenangan kepada BN, jadi jika DAP bertanding di Sungai Siput, ini hanya akan membantu BN,” katanya.
Pengerusi DAPigs Perak, Nga Kor Ming semalam mengatakan parti itu akan meletakkan calon di Sungai Siput sebagai susulan keputusan PSM untuk bertanding di kerusi yang kini dimiliki oleh PH.
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping