Isnin, September 18, 2017

MB Selangor ni SIBUK. Banyak lagi LONGKANG di Selangor yang dia kena BERSIH kan!!!
Jangan la cepat sangat marah dengan Si Menteri Besar Selangor ni. Kita kena faham situasi dia. Dia Menteri Besar. Sudah pasti dia tidak ada banyak masa nak melayan kerenah pihak SPRM.

Banyak masa Si Menteri Besar Selangor ni dihabiskan untuk membantu rakyat. Percaya la. Sampai dia tak boleh tidur malam dibuatnya. Banyak sangat kena pikir pasal isu Sampah dan Longkang.

Maka tak wajar la kalau nak salahkan Si Menteri Besar Selangor ni setiap kali dia mencari alasan untuk tidak bertemu dengan pihak SPRM bagi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Perkara yang sama juga turut diakui oleh KetuaPengarah SPRM yang mendakwa Si Menteri Besar Selangor ni merupakan pemimpin "Paling Sibuk di Dunia" sehingga tiada masa untuk mereka.
"SPRM tidak meminta apa-apa selain komitmen membanteras rasuah... dengan ikrar sahaja, itu sahaja yang kita pinta. Azmin haruslah menunjukkan kepemimpinan negeri yang ditadbir dengan bersih.
"Mungkin dengan tarikh baharu dan sesuai kerajaan Selangor sudi melakukannya, tetapi setakat ini ia masih belum ada. Mungkin beliau (Azmin) agak sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk kami," katanya selepas Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 peringkat negeri Selangor, di sini.
Tambahan pula, Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Si Menteri Besar Selangor ni 'BERSIH' dan 'SUCI' dari melakukan sebarang rasuah seperti yang telah didedahkan selama ini.

Maka sebab itulah bila Rafizi buat laporan berhubung isu kewujudan amalan 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim pimpinan Si Azmin ni, SPRM mendakwa ianya tidak wujud.

Malah serbuan yang dibuat oleh pihak SPRM ke atas UniSEL dan pejabat MBI Selangor baru - baru ini juga bukannya bukti kewujudan rasuah didalam pentadbiran Rejim Azmin Ali.

Bahkan, kes pemilikan harta mewah yang dimiliki oleh Anak Ikan Mak Lampir yang didakwa proksi Si Azmin Ali tu juga bukan merupakan bukti wujudnya kes rasuah di Selangor.

Sebaliknya, semua pendedahan itu dilabelkan sebagai satu usaha untuk memberi persepsi buruk terhadap pentadbiran 'BERSIH' dan 'SUCI' yang dibanggakan oleh Si Azmin Ali tu sendiri.

Dalam erti kata lainnya, Si Azmin Ali ni anggap diri dia jauh lebih 'MAKSUM' dari orang lain yang secara terbuka bersedia menandatangai IBR tersebut sebelum ini. Maka sebab itu dia tak peduli dengan permintaan SPRM untuk menandatangani ikrar tersebut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping