Rabu, September 20, 2017

Heh! Memang heran betul dengan kenyataan yang dibuat. Kot kalau sebelum ini, bila ditanya soalan sewaktu siasatan RCI, semua jawapan yang mampu diberikan hanya "Saya Tak Tau".

Tapi, bila bab dia nak mengkritik dan mempertikaikan orang lain, semua benda dia tau belaka. Sampai tahap, pelaburan yang dibuat Negara Barat pun dianggap sebagai 'Talam Dua Muka'.

Kiranya, habis satu dunia ni dia tak puas hati. Dulu, masa China nak buat pelaburan di Malaysia, puak - puak dia juga yang buat dakwaan kononnya Kerajaan nak jual kedaulatan Negara.

Kali ini, bila Negara buat pelaburan di Negara luar, dia anggap pihak yang menerima pelaburan itu yang bersalah dan dilabelkan sebagai 'Talam Dua Muka' kerana tidak sehaluan dengannya.
"Amatlah mengecewakan dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh antirasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.
"Sebabnya kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial mereka. Yang mengaburi mata mereka ialah duit berbilion yang dikipas di depan mata," katanya dalam blog hari ini.
Persoalannya, adakah sewaktu dia berkuasa dulu, dia tak pernah buat pelaburan di luar Negara? Pada ketika itu, tak pernah ke dia panggil pelabur asing datang melabur di Malaysia?

Pernah atau tidak dia jelaskan bagaimana dia menambah keuntungan Negara sepanjang 22 tahun dia jadi PM?Adakah dia menggunakan duit poket dia sendiri untuk melabur di Negara luar?

Sebagai seorang anak muda, sudah pasti persoalan itu yang akan dibangkitkan dan ianya perlu diperjelaskan sebelum dia nak mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin hari ini.

Sudah pasti jawapan yang akan diberikan, "ADA". Tapi bezanya semasa dia memerintah dulu, dia tidak menganggap diri dia sebagai penjenayah atau seorang yang menghalalkan rasuah.

Manakala pemimpin yang ada sekarang dilabelkan sebagai penjenayah yang menghalalkan rasuah. Cuma pandangan itu dibuat hanya semata - mata kerana dia tak sehaluan dengan pemimpin sedia ada.

Maka sebab itu ramai pihak yang mula mempertikaikan pendirian dia yang sebenar. Adakah dia benar - benar nak selamatkan rakyat Malaysia atau hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping