Rabu, September 13, 2017

Kalau dibaca dari satu sudut, itulah yang cuba digambarkan oleh wakil parti PKR ni tatkala PAS membuat desakan agar parti itu meninggalkan Pakatan bagi menghadapi PRU ke 14 yang akan datang.

Kata Si Eli Wong, PAS membuat desakan tersebut kerana parti itu masih lagi memerlukan sokongan dari PKR untuk memastikan mereka menang dalam Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan.
“Kalau mereka mula cakap macam itu, saya rasa ia agak menarik kerana maksudnya mereka mula fikir mungkin ada peluang (berbincang dengan PKR),” kata Elizabeth Wong.
Dari kenyataan yang dibuat, Si Eli Wong tu seolah - olah memberikan gambaran kononnya PAS yang terhegeh - hegeh nak kembali menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PKR.

Tapi yang IRONIKnya, bukan PAS yang mula - mula nak melamar PKR kembali. Sebaliknya, PKR yang terhegeh - hegeh nak kembali mewujudkan kerjasama Politik dengan PAS tanpa persetujuan Pakatan.

Dalam erti kata lainnya, bukan PAS yang memerlukan PKR. Tetapi PKR yang sedang berada dalam keadaan terdesak mahu kembali mendapatkan sokongan PAS untuk kekal berkuasa di Selangor.

Perkara itu dapat dilihat dengan apabila PKR melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali sanggup membelakangkan pendirian Pakatan yang tetap tidak mahu berunding dengan PAS.

Realitinya, PKR sedar bahawa Pakatan Haprak yang dikuasai DAPigs dan didominasikan oleh Tun Mahathir tidak akan mampu memberikan sebarang impak kepada kepentingan parti itu sendiri.

PKR sendiri percaya bahawa parti pimpinan Tun Mahathir, PPBM dan parti Ternakan DAPigs, PAN tidak mampu untuk memberi mereka sebarang kelebihan dalam PRU yang akan datang.

Nak pulak bagi kawasan - kawasan Parlimen kritikal seperti di Permatang Pauh, Gombak dan juga Lembah Pantai yang pada ketika ini dikuasai oleh Wan Azizah, Azmin serta Nurul Izzah.

Maka, atas dasar itu PKR cuba memancing semula sokongan dari PAS dan ingin mewujudkan kembali hubungan kerjasama Politik dengan parti itu walaupun tanpa penglibatan serta restu dari pucuk pimpinan Pakatan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Tak sedar diri...pkr makin surut sokongan rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping