Rabu, September 13, 2017

Timbalan Presiden PAS hari ini berkata serangan - serangan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir terhadap PAS sekarang ini menunjukkan betapa paniknya gabungan Pakatan pembangkang.

Katanya, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, pembangkanglah yang paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Malah di zaman Tun, semua Timbalan Perdana Menteri yang rasa tak sesuai dipecat dengan pelbagai tuduhan. 
"Sebahagian mereka kerana menentang rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berlaku di waktu itu, " katanya yang dipetik daripada Harakah Daily hari ini. 
Katanya lagi, sesiapa yang mempertikaikan tindakannya perlu berdepan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sedia digunakan Tun Mahathir  dengan sewenang-wenangnya.

Tun Mahathir dalam kenyataannya semalam meminta pemimpin dan ahli PAS supaya bertaubat kerana parti itu telah menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa bahawa partinya adalah merupakan pembangkang utama kepada UMNO sejak sebelum merdeka sehingga kini yang terus berkembang dengan keahlian hampir sejuta.

Dan dalam masa yang sama, pemimpin PAS itu juga turut menyindir Tun Mahathir yang ddiakwa bersetuju untuk menjadikan bekas Timbalan Perdana Menterinya sebagai menjadi PM ke 8.
"Namun alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini," katanya lagi.
Tapi IRONIKnya hari ini, Tun menuduh pula PAS kononnya menyokong UMNO kerana kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dalam Pakatan. Kerana itu PAS dituduh, difitnah dan diserang.

Jelas pemimpin PAS itu, Tun Mahathir telah menambah satu lagi kumpulan yang menyerang PAS. Namun katanya, PAS tidak gentar sambil menjelaskan bahawa parti itu akan terus bertahan PRU14 seperti mana Pilihan Raya Umum yang lalu. 
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Madey mabuk kuasa. Jgn layan sangat.

    BalasPadam
  2. PAS oh PAS parti pas pis pus.....parti yg dipimpin oleh golongan suci lagi menyucikan ,dijamin halal tidak syak lagi...hehehe.

    BalasPadam
  3. Rasa-rasa tun sakit tu, sebab itu beliau asyik mencari kesalahan di pihak yang tidak sebulu dengan beliau.Semoga tun diberi petunjuk dan hidayah.

    BalasPadam
  4. Jangan layan orang tua nyanyuk islam dengan bukan islam pun dia tak kenal dah,perosak makhluk dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  5. Top Dog Bateri jgn kong

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping