Khamis, September 07, 2017

Parti Amanah Negara (PAN) menggesa supaya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali patuh dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) dengan menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Gesaan itu dibuat oleh  Khalid Samad yang menyifatkan gabungan pembangkang itu tidak boleh lagi membuat keputusan bercanggah kerana ia memberikan kesan tidak baik kepada mereka.
“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan Pas) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan masing-masing.
“Bagaimanapun, itu hak Azmin hendak beri pandangan (berunding dengan Pas) sedemikian. Pakatan Harapan sudah buat keputusan dan ia muktamad,” Khalid dipetik berkata.
Khalid mengulas mengenai tindakan Mohamed Azmin sebelum ini yang berunding dengan Pas tanpa pengetahuan parti komponen PH lain sehingga menimbulkan kecaman terhadap beliau.

Majlis Presiden Pakatan Haprak tu sebelum ini mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas untuk melawan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Terdahulu, terdapat usaha daripada kalangan pemimpin PKR untuk berbincang dan kembali memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti menjelang PRU14.

Azmin bagaimanapun tetap menegaskan bahawa, usaha dan perbincangan dengan PAS itu hanya merupakan inisiatif daripada PKR dan ianya tidak melibatkan parti dalam dalam Pakatan.

Sebaliknya kata Azmin, ia hanya dilakukan diantara PKR dengan PAS sahaja. Tetapi malangnya, PAS tetap dengan pendirian mereka yang menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan yang turut dianggotai oleh DAPigs dan PAN yang menjadikan mereka sebagai "Musuh Utama"!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Khalid dah mula meroyan sbb shah alam bakal meninggalkannya...tak mustahil.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping