PAS Baling tampil membuat cabaran kepada PPBM agar mengemukakan bukti terhadap dakwaan 20 ahlinya di cawangan Charok Sikin dan cawangan Tebing Tinggi menyertai parti berkenaan.
Setiausaha PAS Kawasan Baling dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, dari hasil semakan yang dilakukan, tidak ada mana - mana ahli PAS di dua kawasan tersebut keluar parti.
“Jika benar dakwaan itu, kita cabar Bersatu tampilkan bukti. PAS beri tempoh seminggu kepada Bersatu untuk menyenaraikan setiap nama 20 individu terbabit,” katanya di sini, semalam.
Malah menurutnya lagu, jika tiada sebarang bukti dikemukakan, PPBM dituntut agar membuat permohonan maaf secara terbuka atau bersedia untuk berhadapan tindakan undang-undang.
Kata pemimpin PAS Kawasan itu lagi, kepimpinan muda yang mewakli parti PPBM itu dinasihati supaya lebih bijak untuk berpolitik dan bukannya mengeluarkan kenyataan tanpa fakta.
“Pas tidak akan halang sekiranya benar 20 ahli Pas sertai Bersatu kerana itu hak yang dijamin perlembagaan dalam sebuah negara demokrasi.
“Tapi dalam kes ini, saya yakin tiada seorang sanggup tinggalkan Pas. Tetapi mereka tetap Istiqamah bersama perjuangan Islam,” Katanya.
Bahkan dalam masa yang sama, PAN juga pernah mendakwa dikalangan ramai ahli PAS Kawasan Dun Bayu bakal keluar pati. Tetapi sehingga hari ini parti itu GAGAL kemukakan bukti.
“Amanah dakwa sebelum ini Dun Bayu bakal lumpuh berikutan penghijrahan beramai-ramai ahli Pas kepada Amanah. Tetapi, hingga hari ini dakwaan itu langsung tidak berlaku. Ternyata Amanah sekadar raih populariti murahan,” Katanya.
Sementara itu, Ketua Armada PPBM Baling dalam pada itu juga turut berkata, dia bersedia unyuk mengemukakan sebarang bukti terhadap penghijrahan ahli PAS kepada PPBM seperti yang didakwa sebelum ini.


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.