Isnin, September 11, 2017

Tindakan PAN Selangor menuntut supaya Azmin Ali mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor tidak matang. Demikian dakwaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida dalam masa yang sama mendakwa dia menghormati hak parti gabungan Pakatan itu untuk bersuara namun mengakui terkejut dengan gesaan yang dibuat secara terbuka itu.
"Saya melihat kenyataan terbuka oleh Amanah ini adalah tidak bertepatan dengan semangat kerjasama dalam Pakatan Harapan dari segi konsensus.
"Bukan cara kita menyalur pandangan sedemikian melalui kenyataan umum. Ini bukanlah amalan politik yang matang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Zuraida berkata demikian mengulas konvensyen PAN Selangor di Ampang semalam, yang sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa Seri Azmin Ali, yang juga pengerusi PKR Selangor, mengkaji semula kedudukan PAS dalam Rejim Pakatan Selangor.

Dia juga bertegas bahawa keberadaan PAS dalam Rejim Pakatan Selangor adalah bertepatan dengan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Tambahan pula, kesemua wakil rakyat PAS kini telah menunjukkan komitmen mereka terhadap polisi-polisi kerajaan negeri serta agenda reformasi," katanya.
Zuraida berkata dalam mesyuarat pertama Pakatan Selangor jumaat lepas yang dihadiri wakil-wakil PAN bersetuju bahawa tidak ada perubahan kepada komposisi di negeri Selangor.

Ini memandangkan pilihan raya umum sudah semakin dekat dan kerajaaan negeri akan terus menumpukan usaha untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor sesuai dengan mandat besar yang diberikan.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pan dah nampak lapar jawatan.

    BalasPadam
  2. Asal tidak berpihak kepada parti dikatakan politik yang tidak matang kata Zuraidah...hahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping