Jumaat, September 15, 2017

Sebuah NGO, Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) membuat laporan kepada SPRM bagi mendesak satu siasatan dijalankan terhadap Menteri Besar Selangor berhubung penjualan sebidang tanah di Ijok yang bernilai kira-kira RM1.1 bilion. 

Presiden IMPAK Datuk Zul Azhari Mohamed Juah mendakwa Azmin menyerahkan tanah seluas 2,198.4 ekar kepada dua pemaju yang kontraknya telah dibatalkan pada 2014 oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ekoran dua pemaju itu gagal membangunkan tanah berkenaan.
"Pada 2014, tanah tersebut telah dirampas oleh pihak kerajaan negeri pada ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikembalikan semula kepada pemilik asal kerana kegagalan dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dalam membangunkan tanah tersebut," katanya.
Zul Azhari berkata, dua syarikat itu kemudiaanya membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak, menyebabkan mereka meneruskan tuntutan di Mahkamah Rayuan, namun tetap ditolak.
"Pada 23 September 2014, hasil daripada agenda Langkah Kajang yang dijalankan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar yang baru.
"Pada tahun 2015, dua syarikat terbabit tiba-tiba telah menarik semula tuntutan mereka di Mahkamah Persekutuan kerana tanpa dijangka Datuk Seri Azmin telah bersetuju untuk menyerahkan semula tanah berkenaan kepada dua syarikat tersebut.
"Tindakan ini sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan negeri sebelumnya," katanya lagi.
Tambah beliau, tanah itu kemudian dijual kepada sebuah syarikat pemaju iaitu Eco World Group Development Berhad dengan harga RM1.181 bilion dan menimbulkan pelbagai keraguan khususnya kaedah yang digunakan Azmin sewaktu menyelesaikan isu ini.

Malah beliau juga mempersoalkan sama ada wujud pertembungan kepentingan melibatkan orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah untuk kedua-dua syarikat berkenaan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping