Jumaat, September 15, 2017

Hamizura Osman, adik kepada Naib Presiden Parti Cap Bunga yang sering menimbulkan kontroversi kerana kelantangannya, menjadi bahan sesahan DAP dan sekutu-sekutu DAP di media-media sosial terutama sekali Facebook. 

Dia dikecam hebat setelah mengeluarkan memuatnaikkan satu status yang secara langsung menyentuh DAP yang barisan kepimpinan dan tumpuannya adalah Cina-Cina chauvinist yang sentiasa mencari jalan untuk mempersendakan Islam, orang Melayu bahkan raja-raja Melayu selain bukan sahaja tidak menghormati Bahasa Kebangsaan, bahkan tidak fasih pun bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. 

Sebelum ini, Hamizura dan kakaknya, Hamidah Osman dicop sebagai 'agen UMNO' dan pengacau dalam parti yang mereka sama-sama tubuhkan dan kembangkan ke Perak. Hamizura dan kakaknya merupakan orang yang paling aktif memperkenalkan Parti Cap Bunga di Perak sebelum mana-mana pemimpin Parti Cap Bunga yang ada sekarang ini berani keluar dari cengkerang UMNO mereka.

Kedua-dua beradik itulah juga yang bersusah payah menahan kecaman dan pelbagai tuduhan daripada orang UMNO kerana tindakan mereka yang taksub kepada Mahathir dan kesanggupa membakar jambatan walaupun selama ini hasil hidup mereka diperolehi menerusi UMNO.

Namun, apabila Parti Cap Bunga sudah pun bertapak di Perak, kedua-dua beradik itu terutama sekali Hamidah Osman cuba disingkirkan. Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq yang terlalu hijau dan mentah dalam permainan politik berbanding Hamidah Osman, melabelkan Hamidah Osman sebagai PARASIT dan menggesa partinya memecat Hamidah Osman.

Beberapa pihak lain yang rapat dengan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir turut melakukan desakan yang sama. Tindakan Muhyiddin menaikkan Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja yang merupakan orang suruhan Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi PPBM Perak dengan mengenepikan Hamidah Osman, merupakan langkah halus menyingkirkan Hamidah. 

Ketika sambutan ulangtahun pertama PPBM yang diadakan baru-baru ini, Hamidah Osman yang berjawatan Naib Presiden hanya diberikan kerusi penonton, bukannya sebaris dengan barisan kepimpinan utama PPBM. 

Kenyataan yang dkeluarkan oleh Hamizura jelas merupakan kenyataan peribadinya tetapi kebimbangan para pemimpin PPBM tentang kemarahan DAP, menyebabkan Hamizura dikecam. Bukan sahaja Hamizura, tetapi Hamidah Osman turut diheret sama.

Dari Tariq Ismail sehinggalah ke Ketua Armada Perak, semuanya mengecam Hamizura. Dari golongan yang dikatakan 'media rasmi PPBM' sehinggalah ke golongan WhatsApp, Hamizura dilabelkan sebagai biawak mengkarung!

Semuanya semata-mata kerana bimbang DAP terhentak hati dan enggan bersekongkol dengan PPBM yang pada peringkat penubuhannya mewuar-uwarkan mereka adalah parti orang Melayu yang turut menggunakan nama Pribumi.

Sekaligus gelagat dan kenyataan atau lebih tepat lagi, ketakutan mereka terhadap DAP mengesahkan bahawa DAP adalah tuan sebenar mereka. Mahathir yang dikataka ULTRA Melayu dan Muhyiddin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai UMNO TOTOK dahulu, sebenarnya hanya berada di bawah telapak kaki para pemimpin DAP.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping