Selasa, September 12, 2017

Baru baru ini Kinitv mendedahkan Azmin Ali memberikan peringatan kepada Mahathir bahawa Anwar adalah Ketua Umum Pakatan dan berhak untuk memberikan pandangan dan cadangan.

Dari satu sudut, pendedahan KiniTV itu seolah - olah tidak masuk akal. Mana mungkin Si Azmin tu berani nak 'Sound' bapak angkat dia, Tun Mahathir untuk mempertahankan Anwar.

Tapi, secara logiknya, Si Azmin tu pada ketika ini sedang berhadapan dengan krisis dalaman dimana ramai pemimpin serta pengikut PKR mula mencurigai kesetiaan dia terhadap perjuangan parti.

Maka, tidak hairan la sekiranya Si Azmin tu cuba bermain wayang dan mengeluarkan peringatan tersebut secara terbuka melalui laman portal Pro Pakatan bagi melindungi kepentingan peribadinya.

Kenyataan Azmin itu membuktikan bahawa Mahathir bukan sahaja tidak ada kuasa untuk bercakap dan memberi pandangan, malah bukan dia seorang sahaja yang boleh buat keputusan dalam Pakatan.

Sebelum ini Anwar Ibrahim mahu Si Azmin Ali tu meneruskan rundingan kerjasama Politik dengan PAS. Anwar juga mahu PAN dan PPBM dengan bekas rakan sekutu dalam Pakatan tu.

Bagaimanapun Mahathir tetap mempertahankan bantahannya terhadap keputusan PKR yang mahu terus berunding dengan parti PAS menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bantahan Tun Mahathir itu dibuat berikutan "Fatwa" yang dikeluarkan oleh Anwar dari penjara yang tersebar melalui laman media sosial yang mahukan kerjasama dengan PAS diwujudkan kembali. 

Sebaliknya, Mahathir yang ingin berkuasa dalam PH bertegas mahu rundingan itu dihentikan. Muhyiddin Yassin pun mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menentang semua parti yang bekerjasama dengan UMNO. 

Sebelum ini Ahli Parlimen PKR Selayang meletakkan jawatan dalam Biro Politik PKR kerana menolak kerjasama dengan PAS. Dan sekaligus menolak desakan yang dibuat oleh Anwar.

Keadaan itu memungkinkan Tun Mahathir untuk menjadi Ketua Umum Pakatan jika PAN dan DAPigs menyokongnya. Mahathir hanya perlu menang 3-1 untuk menafikan Si Ketua Penipu tu.

Akar umbi Pakatan diperingkat bawahan juga ramai yang menyokong pandangan Mahathir agar menghentikan rundingan dengan PAS. Terutama sekali dikalangan ahli PAN dan DAPigs.

Mahathir mungkin bercakap bagi pihak PAN dan DAPigs untuk menolak PAS, tetapi Anwar tahu bahawa PKR tak mampu sampai ke tahap ini tanpa sokongan serta dokongan dari PAS.

Tambahan pula, Anwar tidak sanggup melupakan sejarah tahun 1997 di mana Mat Sabu menjadi tukang canang salah laku seks yang menyebabkan dia dipenjarakan selama 15 tahun.

Bahkan Si Ketua Penipu tu juga tahu bahawa PAN dan PPBM tidak mempunyai pengaruh yang cukup besar sebagaimana yang dimiliki oleh PAS. PAN dan PPBM adalah lemah sepertimana PKR juga. Maka sebab itu Anwar mahu PKR terus berunding dengan PAS!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping