Rabu, September 13, 2017

Presiden PAN, Mohamad Sabu akan kalah buat kali keempat jika dia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini, jangka Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.  

Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu, menurut Zuhdi tidak akan menang di mana-mana pun kerusi walaupun kini mempunyai 'kuasa' baru sebagai presiden Amanah.
"Sejarah pertandingan Mat Sabu, sejak pilihan raya terakhir beliau tak menang, walaupun bertanding di kubu kuat PAS seperti di Pendang dan Kuala Terengganu.
"Walaupun beliau sebagai Presiden Amanah dan boleh bertanding di mana-mana tetapi peluang hendak menang itu tipis. 
"Terutama dalam konteks Amanah sekarang, sokongan terhadap parti itu amat rendah, sebagaimana disebut kajian IDE baru-baru ini bahawa sokongan parti itu sekitar satu peratus sahaja," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Untuk rekod, Mat Sabu tewas dalam dua pilihan umum terakhir, iaitu pada 2013 dan 2008, di Pendang dan Kuala Terengganu walaupun kedua - dua kawasan itu disifatkan antara kubu kuat PAS.

PAS juga pernah mencalonkan bekas Timbalan Presiden parti itu di Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum tahun 2004, namun dia tetap kalah kepada calon Barisan Nasional (BN). 

Mat Sabu pernah menang di kerusi Kuala Kedah dan Kubang Kerian, masing-masing pada Pilihan Raya Umum pada tahun 1999 dan 1995 ketika dia bersama - sama dengan PAS sebelum ini.
"Peluang Amanah menang dalam PRU14 amat tipis. Ia hanya cuba untuk kacau undi PAS," demikian respon Zuhdi lagi.
Baru-baru ini Mat Sabu, ketika merasmikan Konvensyen Amanah Selangor menjangkakan PAS bakal kalah teruk dalam PRU14 terutama di negeri-negeri pantai barat kerana PAS bukan lagi menjadi calon utama yang bakal diundi oleh rakyat.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah,Pas bijak menyingkirkan mat sabu awal2 lagi sebab dia bukan dari gulongan ulama,dia gila betina gila kuasa makan sumber kewangan haram kerana bergaul dengan kumpulan anti Islam,KALAU DAH TAHU DAP ANTI ISLAM KITA MASIH BERSAMA MAKAN MINUM BERSAMA NAK LETAK KAT MANA LAGI KALAU TAK HARAM.Sahabat2 dalam pas jangan bagi satu undi pun pada mat sabu,HARAM.

    BalasPadam
  2. Tak kan rakyat selangor nak mb org yg pernah kena tangkap khakwat dgn isteri org...malu la..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping