Jumaat, September 15, 2017

PKR enggan menurut gesaan Ambiga Sreenevasan, sebaliknya meminta bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu memulakan langkah berbincang dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Hal itu dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution merujuk kepada isu tersebut sehingga mewujudkan pertikaian dikalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH), lebih-lebih lagi PKR.
"Ambiga perlu berjumpa Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin PAS yang lain seperti Datuk Khairuddin Aman Razali, Nasruddin Hassan dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
"Kita minta Ambiga mulakan langkah itu ke arah mendapatkan persetujuan PAS supaya kita dapat pertandingan satu lawan satu," katanya kepada Antarapos.
Semalam Ambiga menggesa kepimpinan Pakatan Haprak tu kembali mengadakan rundingan dengan PAS dalam usaha mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU ke 14.

Katanya pemimpin Pakatan perlu menyedari hakikat pertembungan satu lawan satu sahaja dapat menumbangkan Barisan Nasional dan percaya itulah juga yang menjadi tujuan PAS apabila berdepan dengan pilihan raya.

Menjelaskan lebih lanjut, Ambiga menegaskan rundingan itu hanya berkisar kepada soal pembahagian kerusi, bukan kerjasama Politik di antara Pakatan dengan PAS.

Pimpinan Pakatan saling berselisih pandangan mengenai rundingan dengan PAS, malah bukan lagi menjadi rahsia dikalangan PKR apabila ada antara mereka menentang usaha berkenaan yang digerakkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat pada 29 Ogos lalu memutuskan untuk menutup segala rundingan dengan PAS malah bersedia dengan pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Bagaimanapun surat Ketua Umum PKR dari penjara menimbulkan polemik baru dalam PKR dan Pakatan apabila dia merestui usaha Timbalan Presiden PKR untuk berunding dengan parti yang merupakan bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping