Rabu, September 13, 2017

Heh! Herankan? Kenapa pulak 'Pakar Strategi PKR' ni tiba - tiba boleh jadi 'Cacing Kepanasan' bila gambar Perdana Menteri berjumpa dengan Presiden Amerika menjadi tular dimedia sosial?

Melalui satu kenyataan media yang disebarkan dalam aplikasi Whatsapp semalam, Si Rafizi tu secara 'Panjang Lebar' cuba memberikan 'Penerangan' mengenai perjumpaan kedua - dua pemimpin tersebut.

Antara lain, Si Rafizi tu mendakwa, perjumpaan Perdana Menteri itu bukan lawatan rasmi Ketua Negara. Sebaliknya, dia mendakwa ianya hanya sekadar satu perjumpaan selama 30 minit sahaja.

Dalam kenyataan yang disebarkan itu, Si Rafizi mendakwa dia mendapat maklumat kononnya sewaktu perjumpaan singkat tersebut, tidak banyak perkara yang boleh dibincangkan.

Malah Rafizi juga turut 'berusaha' untuk menjelaskan bukti - bukti bahawa perjumpaan tersebut bukan lawatan rasmi Ketua Negara melalui kemudahan serta sambutan yang diberikan.
"Saya yakin, berdasarkan maklumat-maklumat sulit ini, bahawa pertemuan Dato’ Seri Najib dengan Presiden Trump pada hari ini bukanlah satu jemputan biasa kepada seorang Ketua Kerajaan. Saya percaya ia satu pertemuan yang diusahakan untuk melonjakkan imej Dato’ Seri Najib di kalangan rakyat Malaysia dan di peringkat antarabangsa," jelas Rafizi.
Tapi soalnya, kenapa sibuk sangat Si Rafizi ni buat penjelasan secara panjang lebar? Kenapa dia seolah - olah 'Takut' sangat bila YAB Perdana Menteri berjumpa dengan Presiden Amerika?

Dan persoalan yang paling utama, kepada siapa penjelasan Si Rafizi itu ditujukan sedangkan didalam parti dia sendiri pun dah mula ada yang mencurigai tindakan yang dilakukannya?

Bukan ke sebelum ini beberapa orang pemimpin PKR sendiri tampil mempersoalkan tindak tanduk Si Rafizi tu dalam parti sehingga dia turut dilabelkan sebagai 'Barah' yang membawa padah?

Bahkan segala 'Sumber Maklumat Sulit' yang diperolehi oleh Si Rafizi itu selama hari ini juga turut menjadi bahan pertikaian dikalangan pemimpin - pemimpin parti yang disertainya.

Malah, segala kemelut dan kepincangan yang melanda PKR pada ketika ini juga didakwa berpunca dari Si Rafizi tu sendiri. Bermakna, dia sudah menjadi orang yang paling tidak dipercayai.

Maka persoalannya sekarang, siapa yang nak dikencing oleh Si Rafizi ni melalui penjelasan panjang lebar yang dibuat hanya semata - mata untuk menutup kelemahan dan kemaluan dirinya yang sudah didedahkan oleh pemimpin partinya sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Mungkin Rafizi takut info nya kod DOJ terbocor.

    BalasPadam
  2. Tak habis2 lgi tukang fitnah sorang ni...semua tak kena.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping