Rabu, September 13, 2017

Dua pemimpin pembangkang yang baru dilantik sebagai Naib Presiden Pakatan tidak ubah seperti boneka yang hanya 'menghiasi' senarai kepimpinan gabungan pembangkang itu sahaja.

Pensyarah kanan UniTAR, Edwin Michael berkata pelantikan itu dibuat semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong selepas mendapat 'tekanan' tertentu demi membuktikan KONONnya mereka mengambil berat terhadap dua golongan berkenaan.  
"Mereka (sebenarnya) tidak mengiktiraf peranan masyarakat India dan komuniti di Sabah daripada awal lagi. Mereka terpaksa meletakkan dua boneka ini semata-mata untuk sedapkan penyokong mereka.
"Baru kini mereka letakkan dua orang yang dikatakan wakil masyarakat India dan masyarakat Sabah. Kenapa sekarang, persoalannya.
"Saya rasa ini kerana tekanan daripada Barisan Nasional (BN) juga, selepas itu baru mereka sedar bahawa ada sesuatu tertinggal, dan mula membuat rombakan. Dua boneka ini sekadar menyedapkan mata kononnya masyarakat India dan kaum etnik di Sabah diberi peranan dalam PH," katanya kepada Antarapos.
Dengan pelantikan Kulasegaran dan Christina, PH kini mempunyai enam orang Naib Presiden termasuklah Azmin Ali (PKR), Mukhriz Mahathir (PPBM), Chong Chieng Jien (DAPigs) dan Salahahuddin Ayub (PAN).

Dalam pada itu, Edwin berkata kewujudan terlalu banyak jawatan dalam gabungan berkenaan tidak akan memberi makna sekiranya tiada 'blueprint' jelas yang disediakan sebagai bukti untuk meyakinkan pengundi kepada gabungan tersebut.
"Misalnya kita lihat Kulasegaran yang dikatakan mewakili kaum India. BN sudah mempunyai blueprint untuk masyarakat India. Di mana blueprint untuk masyarakat India daripada Pakatan Harapan? Tiada," kata beliau lagi.
Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu sebelum ini sekadar 'Penyedap Mata' untuk mengaburi pandangan rakyat KONONnya mereka ni terdiri dari kalangan pemimpin yang prihatin sedangkan itu semua hanya lakonan semata - mata!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping