Jangan terkejut sekiranya soalan itu datangnya dari pemimpin PKR sendiri yang ternyata sudah terlalu bosan dengan permainan Politik yang dimainkan oleh pemimpin tertentu dalam parti tersebut.
Setiausaha Agung PKR tampil mempersoalkan sampai bila PKR akan membuka pintu rundingan dengan PAS, selepas timbul percakaran dalaman parti itu mengenai keputusan untuk terus berbincang.
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk kembali mewujudkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
Saifuddin juga mendakwa, walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada UMNO, dan ini memaksa parti lain dalam Pakatan tidak mahu bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR mengesahkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan cadangan supaya usaha untuk mengadakan rundingan kerjasama Politik bersama PAS diteruskan.
Ia bagaimanapun mengundang pelbagai kritikan dari beberapa orang pemimpin, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong yang bertindak meletak jawatan daripada Biro Politik PKR.
Semalam, Pengerusi Pakatan, Tun Mahathir sendiri berkata bahawa sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan PAS akan dihalang dan sekaligus menafikan desakan Si Ketua Penipu tu.
Berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu, Saifuddin berkata, dia percaya bahawa Si Ketua Penipu itu akan memahami dan menghormati keputusan Pakatan yang tetap menolak sebarang kerjasama Politik dengan PAS.
Pudin bukan boleh percaya sangat..
BalasPadam