Rabu, November 22, 2017

Tular dilaman media sosial menceritakan pasal insiden yang berlaku dalam sidang DUN Pahang yang berlansung hari ini. Sibuk orang cerita pasal MB Pahang ajak ADUN DAPigs bertumbuk.

Tapi kurang dari mereka yang mahu mengambil tahu cerita sebenar. Sebaliknya, mereka lebih menumpukan kepada tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang itu sendiri.

Kesnya sebelum ini MB Pahang tampil mengingatkan ahli dewan mengenai musibah menurut pandangan Islam. Antara lain, MB Pahang menyebut mengenai bala yang menimpa manusia.

Sebagai contoh katanya, bencana yang menimpa Pulau Pinang baru - baru ini adalah bala yang diturunkan Allah S.W.T kerana keingkaran pemimpinnya yang mengadakan pesta arak.

Namun, dikalangan mereka yang taksub dengan DAPigs menolak kenyataan tersebut. Malah ADUN DAPigs Mentakab sewaktu membahaskan Bajet Pahang 2018 hari ini turut tidak menerimanya.

Bahkan Si ADUN DAPigs Mentakab itu juga turut menganggap penjelasan yang diberikan oleh MB Pahang berkaitan dengan Khifarah dari Allah S.W.T itu sebagai suatu yang Tidak Relevan.

Tambah memalukan lagi ialah apabila ADUN DAPigs Mentakab itu seorang pemimpin Melayu yang cukup berbangga dengan amalan parti Chauvanist sanggup menolak hukum Islam itu secara terbuka.

Bayangkan! Hukum Khifarah yang menjadi sebahagian dari akidah umat Islam itu dianggap sebagai tidak relevan sedangkan khifarah itu adalah suatu ketentuan yang datang dari Allah S.W.T.

Dalam erti kata mudahnya, tindakan ADUN DAPigs Mentakab itu menganggap hukum khifarah itu sebagai 'Tidak Relevan' sama seperti dia mendakwa hukum Allah S.W.T juga tidak relevan.

Sebagai rekod, ADUN DAPigs Mentakab itu sebelum ini pernah tampil mempertikaikan JAIP berhubung isu khutbah Aidil Adha dan mahu mengambil tindakan undang - undang terhadap Mufti Pahang.

Inilah masalahnya bila ada pihak yang terlalu taksub dengan fahaman Politik mereka sehinggakan penjelasan yang diberikan dari sudut Islam pun sanggup dipertikai dan ditolak secara terbuka walaupun ianya ada kaitan dengan akidah umat Islam itu sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping