Selasa, November 28, 2017

Dasar orang tak tau malu ni memang payah. Bila bab menghentam Kerajaan, bukan main diorang berkokok atas pentas Politik memburukkan setiap tindakan yang diambil untuk kebajikan rakyat.

Tapi bila tiba bab nak mintak bantuan, nak mintak peruntukan, tau pulak diorang nak menagih simpati dari Kerajaan Barisan Nasional dan menjaja alasan kononnya nak diberi kepada rakyat.

Soalnya kalau Kerajaan Barisan Nasional beri bantuan sekali pun, puak Pakatan Haprak ni bukan tau nak menghargainya. Sebaliknya, diorang perlekehkan pulak bantuan yang diberikan.

Jadi tak salah sekiranya MB Pahang turut menyindir puak pembangkang yang mendesak agar diberikan peruntukan kewangan sebagai bukti 'Politik Matang' yang diamalkan diluar Negara.

Isu tersebut timbul selepas Exco Kerajaan Negeri Pahang disoal beberapa kali oleh ADUN PKR Semambu berhubung isu politik matang yang menuntut agar mereka diberikan bantuan.

Wakil PKR tersebut mendakwa, Kerajaan Negeri boleh memberikan peruntukan tersebut, walaupun pembangkang BN di Selangor dan Pulau Pinang tidak mengambil peruntukan yang ditawarkan.

Menjawab soalan itu, MB Pahang berkata, dia tetap memberi bantuan kepada permohonan yang dikemukakan pembangkang walaupun tiada peruntukan khas diberikan, malah menandatangani banyak surat permohonan setiap minggu.

Sebagai contoh, permohonan YB Syed Hamid (PAN-Semantan) berhubung bantuan kewangan untuk mereka yang menghidap penyakit kronik apabila surat itu dikemukakan kepadanya sebelum persidangan hari ini bermula.
"Bukan kita tak nak beri (peruntukan) tapi di Selangor dan Pulau Pinang pun, pembangkang (BN) tidak terima. Kalau pembangkang sana tak mahu terima, tak akan pembangkang di sini nak terima? Saya sebenarnya jaga maruah pembangkang," katanya.
Pokok pangkalnya, Kerajaan Barisan Nasional sedia berikan bantuan sekiranya ia diminta demi menjaga kebajikan rakyat. Tapi malangnya, puak Pakatan Haprak ni seringkali memburukkan tindakan tersebut dan cuba mengelirukan rakyat!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping