Jumaat, November 24, 2017

Ramesh Rao hari ini mempersoalkan jawapan Tun Mahathir yang mendakwa tidak terlibat dalam mengarahkan pihak Polis menyiasat salah laku seksual Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Dalam satu kenyataan media, Presiden PMSP itu juga turut bertanya sama ada bekas Perdana Menteri itu akan menyalahkan Tan Sri Musa Hassan yang menjadi Pegawai Penyiasat (IO) kes liwat berkenaan pada tahun 1998.
“Adakah Mahathir akan salahkan bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan dalam isu liwat terhadap Anwar? Sejak kebelakangan ini, Mahathir dilihat kerap salahkan orang lain,” kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.
Ramesh juga berkata dia curiga dengan jawapan Mahathir kerana sebagai Perdana Menteri pada masa itu, sudah ada ura-rua bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu cuba untuk menjatuhkan Mahathir.

Malah katanya, Si Ketua Penipu itu ada membuat perancangan untuk mencabar kedudukan Tun Mahathir dalam pemilihan UMNO dengan bertanding jawatan Presiden pada ketika itu.

Maka sudah pasti Tun Mahathir selaku seorang Presiden bimbang jawatan yang dipegang akan terlepas sekaligus memaksa dia untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, katanya.
“Mustahil Mahathir tidak memulakan sesuatu untuk menyiasat Anwar untuk digunakan menghalang rancangan Anwar menjatuhkannya kerana pada masa itu, sokongan kepada Anwar sudah semakin meningkat.
“Adakah Mahathir sengaja mahu lepas tangan di saat-saat PRU ke-14 semakin hampir dan mahu terlepas daripada dituduh sebagai dalang yang mula-mula arahkan Anwar disiasat untuk perbuatan meliwat,” kata Ramesh.
Ramesh juga turut memohon kepada Musa Hassan untuk memberikan maklum balas menjawab kenyataan Mahathir tentang perkara sebenarnya yang berlaku dalam hal siasatan kes liwat ini.

Dalam jawapan Mahathir dalam satu program bersama anak muda di Petaling Jaya itu Mahathir berkata beliau berfikir bahawa pihak polis yang cuba menjejaskan reputasi politik Anwar, dan beliau kata beliau tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping