Sabtu, November 25, 2017

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempertikaikan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengenepikan dan menghalang ADUN Kebun Bunga (PKR) Cheah Kah Peng menyerah bantuan kepada mangsa banjir.

ADUN Pulau Betong Datuk Dr Muhammad Farid Saad menyifatkan tindakan itu sebagai tidak demokratik dan menafikan pilihan rakyat yang memilih ADUN itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
"Saya tidak hairan jika ADUN-ADUN BN tidak diberikan kuasa memperakui permohonan itu, tapi bila ADUN PKR sendiri tidak dibenarkan juga ia sesuatu yang agak janggal. 
"Bukankah PKR adalah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?," soal beliau dalam kenyataan media hari ini.
Ujar beliau lagi, tindakan menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN DAP Pulau Tikus, Yap Soo Huey seolah-olah mengetepikan peranan PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah tidak menolak tindakan ini merupakan petanda DAP mahu merampas kerusi-kerusi PKR pada PRU akan datang.
"Kenapakah tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB Cheah Kah Peng sebagai wakill rakyat Kebun Bunga diserahkan kepada ADUN DAP-Pulau Tikus pula?
"Apakah DAP Pulau Pinang sedang mengatur langkah untuk mengambil alih kerusi-kerusi DUN yang kini diwakili oleh PKR pada PRU ke-14?," soal beliau lagi.
Ini katanya berdasarkan kepada desas-desus yang pernah berlaku pada PRU13, di mana DAP cuba memiliki 21 kerusi DUN sekaligus memiliki majoriti mudah dalam DUN.
"Sekiranya DAP ada majoriti mudah di DUN, DAP sudah tidak perlukan parti-parti lain untuk membentuk Kerajaan. 
"Mungkinkah DAP sedang merangka pelan atau strategi untuk mendapatkan kuasa mutlak (absolute power) di Pulau Pinang? PKR dan PAN akan jadi seperti 'melukut di tepi gantang' sekiranya DAP ada 21 kerusi di DUN Pulau Pinang," dakwa beliau.
Katanya lagi, seorang ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin juga diberi tekanan ekoran menimbulkan isu operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti.

Semalam, Kah Peng melahirkan rasa kecewa dan membidas Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas disekat daripada mengendalikan bantuan banjir berjumlah RM700 yang dijanjikan Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Biaq lah deng dengan labu-labunya...jangan duk pi sibuk dengan masalah mereka...buat kerja kita biar sungguh-sungguh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping