Selasa, Disember 05, 2017

Terasa hairan juga dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO yang disiarkan melalui laman portal Haprakdaily hari ini. Kenapa sekarang baru dia bersuara?

Dalam kenyataan yang dibuat bekas AJK Puteri UMNO itu, dia mencabar agar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah mengadakan operasi secara besar - besaran bagi mencegah maksiat.

Katanya, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ini berlansung, banyak gejala maksiat berlaku kerana para perwakilan terdiri dari kalangan suami dan isteri orang bercampur gaul.

Dari satu sudut, memang tak salah saranan yang diberikan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Malah saranan yang dibuat agar JAWI mengambil tindakan sedemikian sangat dialu - alukan.

Tapi, ahli PAS itu seolah - olah secara tidak lansung telah memalukan dirinya dengan mengakui bahawa dia sedikit pun tidak rasa bersalah apabila melihat perkara itu berlaku didepan matanya.

Kalau orang lain yang mempunyai didikan Islam yang kuat didalam keluarganya sendiri, sudah pasti dia tidak akan menyertai UMNO sekiranya benar gejala seperti yang disebutkan itu berlaku.

Malah persoalannya, jika dia benar - benar mahu mencegah kemungkaran itu berlaku, ianya sudah dilakukan sebelum ini. Tapi kenapa baru sekarang dia nak menyuarakan perkara itu secara terbuka?

Bayangkan. 17 tahun dia membiarkan perkara seperti itu berlaku tanpa dia membuka mulut dan bersuara mengenainya. Bermakna, selama 17 tahun juga dia menanggung dosa kerana bersubahat dengan apa yang didakwanya sendiri!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Eloklah tu dia sedar. Taklah nanggung dosa selamanya. Tujuh belas thn tu semoga Allah ampunkan dia.

    BalasPadam
  2. Politik punyapasal...dosa jadi tak dosa...tak dosa jadi dosa..podahhhh

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping