Khamis, Disember 07, 2017

Sebelum ini terdengar ura-ura kuat dari dalam lingkungan PKR sendiri, ketidakyakinan tentang kedudukan Nurul Izzah di Lembah Pantai kerana banyak perkara, termasuklah kegagalan dan ketidakfungsiannya selaku wakil rakyat di kawasan terbabit. 

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiada suatu kebaikan pun yang dilakukan oleh Nurul Izzah terutama membabitkan kawasan-kawasan Melayu-Bumiputera yang sebelum dibangunkan perumahan pangsa, merupakan tapak perkampungan setinggan terbesar di Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya Nurul Izzah mempunyai ego yang sama besar dengan bapanya, seorang penjenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara, tetapi masih mengaku dia adalah banduan politik. 

Ura-ura terdengar khabar, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil mungkin akan kembali bertanding di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini dikatakan akan dipindahkan ke Permatang Pauh, cepat-cepat membuat kenyataan, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Lembah Pantai. Sebaliknya dia bertekad untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya 9 tahun lepas. 

Pada PRU-12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil dengan majoriti undi 2,895 undi dalam gelombang besar yang turut menyaksikan BN kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. 

Manakala pada PRU-13 pula, Nurul Izzah hampir tumbang setelah gagal sebagai wakil rakyat pada penggal pertamanya. Namun FITNAH yang dilakukannya ke atas calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik, berjaya membolehkan dia mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Ketika di mahkamah dalam proses saman fitnah oleh Raja Nong Chik selepas PRU-13, Nurul Izzah akhirnya mengaku dia menfitnah Raja Nong Chik untuk menang PRU. Untuk mengelakkan daripada membayar saman, Nurul Izzah membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka.

Januari 2015, dalam saman fitnah NFCorp menentang Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui menfitnah Shahrizat Abdul Jalil ketika perbicaraan berjalan.

Bagaimanapun Nurul Izzah bernasib baik kerana yang menyamannya adalah NFCorp dan suami Shahrizat yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, bukannya Shahrizat.

Jadi, hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan Nurul Izzah terselamat sekalipun dia telah mengakui dia menfitnah Shahrizat.

Mungkin Nurul Izzah masih terkenangkan saat-saat manis dia mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dan yakin, orang ramai khususnya para pengundi di Lembah Pantai sudah melupakan segala fitnah dan ketidakpeduliannya kepada pengundi Lembah Pantai selama ini. Mungkin juga dia sangat yakin, dia boleh mencipta fitnah baru dan menipu lagi.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping