Khamis, Disember 07, 2017

Selebriti tanahair diingatkan tidak berlagak pandai atau acah-acah ‘terer’ politik dengan membuat pelbagai komentar mengkritik pentadbiran kerajaan di laman sosial tanpa asas yang kukuh.

Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar berkata, lebih buruk lagi apabila kritikan itu dibuat hanya berdasarkan kepada rujukan dan bersumberkan laman sosial serta Internet.
“Kalau anda nak jadi penganalisis politik atau ada pemikiran kritikal tentang politik kerajaan, saya percaya anda boleh melakukan lebih baik dengan banyak membaca buku.
“Kalau rasa nak jadi tenaga pemikir, gunakan saluran betul, tulis surat atau hantar emel, buat betul-betul. Jangan cakap acah-acah terer politik, sebab itu ramai buat macam itu, ramai orang Melayu buat macam itu.
“Ini kerana banyak sumber dalam Internet bukan semua kita boleh pakai,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dira juga mengingatkan golongan muda agar tidak mudah mempercayai segala komentar artis atau selebriti hanya kerana menjadi pujaan dan minat mereka, lebih-lebih lagi menyentuh isu pentadbiran dan politik negara.
"Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tak kongsi?" Demikian persoalan dilontarkan Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar kepada beberapa selebriti yang menyuarakan pandangan mereka mengenai isu negara dan kos sara hidup di media sosial.
Khaidhirah atau lebih juga dikenali sebagai dengan nama singkatan Dira Abu Zahar berkata, penggiat seni seharusnya menggunakan platform yang sesuai untuk menyuarakan pandangan mereka.
"Memang kita amalkan kebebasan bersuara, tapi gunakan platform yang terbaik untuk bercakap. Tidak semestinya bila bersama parti politik baru boleh suarakan pendapat.
"Ada saluran yang lebih efektif berbanding hanya 'berbunyi' di media sosial. Saya sendiri dalam ucapan di Perhimpunan Agung Puteri Umno ada bawa usul mengenai industri kreatif yang sepatutnya diberi perhatian oleh rakyat," katanya ketika ditemui semalam.
Realitinya, memang tak salah sekiranya mana - mana pihak nak mengutarakan pandangan mereka. Tapi apa yang pasti, pendapat dan pandangan mereka itu perlu ikut saluran yang betul.

Misal contohnya, kenaikkan kos sara hidup yang didakwa membebankan rakyat. Padahal, mereka yang bersuara itu sendiri hidup mewah dan suka mempamerkan kemewahan mereka secara terbuka melalui laman media sosial. Itu RETORIK namanya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Gua respect sama lu Dira...kadang-kadang celebrity bukannya betul sangat, kononnya nak tunjuk bagus, alim dan seribu satu tipudaya tetapi hakikatnya tidak pernah mengenal diri sendiri melalui rasa hati dan sujud pada yang hakiki...sembang banyak orang boleh sembang...pemungut harta karung di tempat pembuangan sampah pun boleh update dan lebih bermedia sosial dari celebrity.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping