Isnin, Disember 04, 2017

Cakap tak serupa bikin! Nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali ni hanya membuktikan sifat retorik yang menjadi amalan puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini.

Kalau diatas pentas, bukan main sibuk lagi diorang buat dakwaan dan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Barisan Nasional diatas penyalahgunaan kuasa serta kewujudan rasuah di Malaysia.

Tapi hakikatnya, bila perkara yang sama berlaku dalam pentadbiran Rejim pimpinan mereka, pandai pulak diorang bagi alasan kononnya ia hanya sekadar satu konspirasi Politik?

Jelas, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali ini memperlihatkan sifat Munafik dia menjadi seorang pemimpin. Katanya, dia ada mekanisme nak membenteras gejala rasuah.

Antara lain, Si Azmin Ali tu mendakwa kononnya penahanan anak saudaranya oleh SPRM baru - baru ini sengaja dirancang oleh pihak lawan untuk memburukkan dirinya dan Rejim pentadbirannya.
"Saya yakin ia satu tindakan yang dirancang pihak lawan untuk menjatuhkan Selangor sehingga menyerang saya dan menjejaskan kedudukan saya serta keluarga.
"Meskipun begitu, saya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang serangan, saya akan tetap berdiri teguh sebagai menteri besar demi bekerja dan membantu rakyat Selangor," katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Masjid Putra Heights, di sini hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu hanya merupakan satu justifikasi untuk menghalalkan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku dibawah hidungnya sendiri.

Malah, ada juga yang beranggapan, kenyataan itu seolah - olah memberikan gambaran secara terbuka seolah - olah Si Menteri Besar Selangor tu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh anak saudaranya sendiri.

Soalnya, SPRM tahan suspek yang juga merupakan anak saudara kepada Si Azmin Ali tu bukan atas dasar hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Selangor tu. Sebaliknya, SPRM tahan suspek sebab wujud kes rasuah. Takkan itu pun Si Azmin Ali tu tak boleh nak bezakan!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kalau azmin seorang yg jujur ikhlas..
    Azmin mengaku dan berkata..
    "Sy akur dgn tindakan sprm, tak kira siapa yg rasuah perlu diambil tindakan walau keluarga sendiri.." gentle la
    Rakyat pun respect..
    Azmin jawapannya ckp tak serupa bikin..

    BalasPadam
  2. asyik suka dimakan aiskrim jer...bodoh nyer jadi bertingkat tingkat...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping