Sabtu, Disember 02, 2017

Adik kepada Azmin Ali menyindir abangnya yang 'cakap tidak serupa bikin' bersabit amalan membanteras rasuah, yang mana kini Menteri Besar Selangor itu turut dikaitkan ekoran penahanan anak saudaranya berhubung kes perlombongan pasir di negeri itu. 

Ummi Hafilda turut menyatakan bahawa dia tidak akan bersubahat ke atas perkara yang mungkar sekalipun melibatkan anak saudara mahupun abang kandungnya sendiri.
"Sebagaimana Nabi Nuh sanggup membiarkan anaknya mati karam di depan matanya sendiri kerana kemungkaran, jadi siapalah saya hendak menghalalkan cara. 
"Sebab itu saya menentang PKR dari dulu lagi hingga kini. Sebab saya tahu siapa ketua lanun mereka. Cakap berdegar-degar nak hapuskan rasuah tapi diri sendiri.....keluarga dan kroni penuh tahi," tulisnya menerusi satu psoting di laman Facebook beliau.
Selain itu, Ummi dalam masa yang sama turut meminta Azmin agar mengingati pesanan yang telah disampaikan oleh arwah bapa mereka sebelum ini.
"Arwah abah dah pesan apa Min (Azmin). Ingat tak..bila kita ditimpa bala dan musibah walaupun sebesar zarah terhiris jari dengan pisau atau berdarah terhantuk kaki. Cuba tanya pada diri, apakah dosa yang aku dah buat???
"Jangan menuding jari salahkan orang lain. Itulah kifarah penghapus dosa," katanya lagi. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 November lalu menahan anak saudara Azmin, Nuzul Fadli dan tiga lagi individu atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram di Selangor.

Keempat-empat mereka terdiri daripada dua pengarah syarikat perlombongan pasir, seorang pengurus tapak projek dan seorang pekerja agensi pengiklanan, didakwa merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan di Kajang untuk tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Disember untuk membantu siasatan. Mereka disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

SPRM juga telah membekukan beberapa akaun syarikat yang bernilai RM4 juta selepas menahan kesemua invidivu terbabit. Azmin dalam reaksinya menafikan kononnya terlibat dalam penganugerahan tender tersebut.

Sebaliknya jelas Timbalan Presiden PKR itu, semua tender untuk perlombongan pasir di negeri itu dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Inc).
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping