Sabtu, Disember 02, 2017

"Perhimpunan kali ini mesti menunjukkan sesuatu yang luar biasa sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)."

Demikian diantara kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang ketika ditemubual oleh pihak media berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan diadakan minggu depan.

Jelas beliau, semua perwakilan perlu menunjukkan kesepa­duan dan yang penting semangat mesti ditingkatkan untuk menghadapi pilihan raya ini bagi menggerakkan jentera di peringkat bawah.

Keduanya, tambah beliau, semua para perwakilan (pembahas) yang melambangkan UMNO itu sendiri perlu memperlihatkan kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti.
Sokongan ini boleh dizahirkan menerusi ikrar dan dalam ucapan wakil negeri dan sayap termasuk mematuhi keputusan Presiden dalam menentukan calon yang akan bertanding pada PRU-14.

Manakala jurucakap negeri atau sayap perlu menggunakan pentas perhimpunan ini tidak perlu takut untuk bercakap kerana Perhimpunan Agung UMNO ini adalah pentas terbuka, tiada ‘bodek-bodek’.
"Walaupun kita mengkritik tetapi akhirnya tetap menyatakan sokongan kepada Presiden. Kritikan kita, kalau ada, adalah untuk kebaikan dan setahu saya, Presiden UMNO adalah seorang yang bertoleransi dengan boleh mene­rima kritikan serta pandangan."
"Jurucakap atau wakil setiap negeri dan sayap mesti membahaskan perkara yang nampak kontroversi yang menjadi isu secara terbuka. Umpamanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikatakan sebagai merasuah rakyat. Di samping itu, kita kena menggunakan kekuatan Bajet 2018 untuk menunjukkan bahawa kerajaan prihatin."
"Begitu juga dengan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST). Pembahas sewajarnya mengambil pendekatan dengan menunjukkan bahawa GST selain daripada memberi pendapatan dari segi cukai, ia merupakan penyelamat kepada belanjawan negara," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau juga turut menegaskan bahawa ucapan dan amanat Pre­siden UMNO itu sendiri yang akan memberi kita semangat serta me­nunjukkan keyakinan beliau mengemudi parti menghadapi PRU-14.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping