Rabu, Disember 06, 2017

Agak menghairankan juga apabila ada dikalangan artis yang kaya raya dan memiliki kemewahan yang melebihi pemimpin Politik bersuara mengenai kesempitan hidup yang dihadapi ketika ini.

Betul la diorang pun rakyat Malaysia juga. Tapi dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh golongan artis itu hanya dianggap retorik kerana kemewahan yang mereka miliki tidak sama seperti orang lain.

Dan tak salah sekiranya diorang nak mengkritik tindakan Kerajaan mengenakan GST ke atas barangan yang dijual. Namun, kritikan yang diberikan itu sepatutnya dibuat secara rasional.

Setidak - tidaknya, cuba diorang namakan sebuah Negara yang tidak mengenakan cukai ke atas barangan jualan mereka. Waima Negara seperti Indonesia pun mengenakan cukai barangan.

Malah Negara Singapura yang dibanggakan oleh DAPigs juga mengenakan cukai barangan sebanyak 7 peratus sejak bulan Julai 2007. Tapi, takde pulak rakyatnya mengkritik tindakan tersebut.

Realitinya, cukai GST yang dikenakan oleh pihak Kerajaan bukan hanya semata - mata untuk mengaut keuntungan. Jauh sekali untuk mengkayakan golongan tertentu dalam parti Politik.

Sebaliknya, hasil kutipan cukai GST itu digunakan untuk pembangunan rakyat. Untuk menyediakan infrastruktur yang lebih baik bagi menjamin kesejahteraan secara menyeluruh.

Bahkan hasil kutipan GST itu juga digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam seperti anggota keselamatan, jururawat, guru dan sebagainya yang terdiri dari kalangan orang Melayu.

Sewajarnya, golongan artis yang hidup mewah diatas kutipan hasil yang dipungut dari kalangan rakyat melalui nyanyian dan lakonan ini perlu sedar tanggungjawab mereka sendiri.

Soalnya, apa sumbangan mereka kepada rakyat? Ada diorang bukak hospital? Ada diorang keluar duit membaiki dan membina jalan raya? Ada diorang membiayai perbelanjaan urustadbir sekolah?

Itu yang perlu difikirkan oleh golongan artis ni. Sedangkan nak urustadbir keluarga sendiri pun diorang tak mampu, tak perlu la diorang nak mengkritik Kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat diseluruh Neara. Kalau setakat tau nak pertikai je, baik tak payah!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Jenis artis yang lupa daratan lupa diri..bila zaman popular dah pudar mula bersuara macam pembangkang malah ada yang masuk parti pembangkang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Macam pengarah filem yang satu tu... Kata filem dia tak laku pasal kenaikan kos sara hidup, pastu salahkan kerajaan. Hello, cerita dia pun ketinggalan zaman, sapa nak tengok 😂

      Padam
  2. UMNO Sudah tidak relevan lg

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping