Ahad, Disember 24, 2017

Walaupun maklumat dalaman dibocorkan berhubung cadangan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan namun Nurul Izzah Anwar ‘mengunci mulut’ mengenainya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR itu bagaimanapun tidak menafikan cadangan itu sebaliknya enggan mengulas sambil mendakwa rundingan itu dijalankan di belakang tabir.
“Sebab itu saya enggan ulas sekarang kerana saya suka mengadakan perbincangan dan rundingan di belakang tabir. Saya fikir kita telah cukup mendapat publisiti buruk, terima kasih kepada media BN (Barisan Nasional).
“Saya fikir keseluruhan perhimpunan agung UMNO adalah analisis terperinci mengenai kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.
“Saya fikir, kita hanya akan tumpu agenda reformasi dan ikrar kita berdasarkan apa yang telah diluluskan dan akan dikeluarkan oleh sekretariat HARAPAN, jadi tunggu 7 Januari di mana kita akan mengadakan konvensyen,” beliau dipetik berkata hari ini.
Terdahulu, laporan media sebuah portal mendedahkan selepas pemukiman Pakatan sebelum ini membuat keputusan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan.

Sementara itu nama Presiden PKR, Wan Azizah yang juga ibu kepada Nurul Izzah sebagai Timbalan sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Namun melalui laporan yang disiarkan sebelum ini, cadangan yang dikemukakan itu mendapat bantahan dari beberapa orang pemimpin kanan Pakatan, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bahkan, pencalonan Tun Mahathir itu juga katanya turut dibantah secara terbuka oleh Ketua Umum PKR dan kepimpinan DAPigs yang masih menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping