Isnin, Disember 11, 2017

Gambaran yang diberikan cukup jelas. Sedangkan orang yang setia memegang jawatan Menteri Besar Selangor pun sanggup dicantas dan dikhianati hidup - hidup, inikan pulak amanah rakyat.

Titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor ini cukup terang membuktikan bahawa PKR bukan sebuah parti yang layak untuk menjadi pemimpin. Apatah lagi untuk memegang teraju pemerintahan negara.

KDYMM Tuanku Sultan sebelum ini menyatakan bahawa baginda terkejut dengan pemecatan yang telah dilakukan ke atas bekas Menteri Besar Selangor melalui agenda Langkah Kajang.

Dalam wawancara bersama yang diadakan bersama akhbar The Star baru - baru ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bosan dengan muslihat politik, bagaimanapun memuji kesetiaan Khalid.
“Saya tidak percaya apa yang berlaku khasnya kepada Khalid. Beliau sangat setia dan tiba-tiba disingkirkan.
“Mungkin ada agenda tersembunyi, mungkin saya bukan ahli politik dan itu perkara yang saya tidak faham,” katanya dalam wawancara sempena Hari Keputeraan ke-72 esok.
Khalid dipaksa meletak jawatan selaku Menteri Besar Selangor berikutan krisis dalaman PKR selepas dipecat daripada parti kerana melanggar arahan untuk memberi laluan kepada Wan Azizah.

Sultan Sharafuddin menyifatkan penyingkiran Khalid Ibrahim melalui agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh PKR itu sebagai episod paling mencabar dalam Politik di Selangor.

Menurutnya, jantina bukan punca beliau menolak pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid selaku Menteri Besar bagi menerajui kepimpinan di negeri itu sebelum ini.
“Sebab saya tidak menerima Wan Azizah bukan kerana saya fikir beliau tidak layak atau beliau seorang wanita.
“Saya telah kata sebelum ini – Menteri Besar tidak boleh berkawalan jauh, beliau tidak boleh menjadi boneka. Anda perlu mempunyai perwatakan kukuh untuk melakukan sesuatu buat rakyat.
“Apabila saya minta mereka serah nama, mereka hanya beri 1 nama. Itu bermakna mereka menekan saya. Saya selalu minta beberapa nama daripada kerajaan sebelum ini dan mereka kadangkala hantar sehingga 3 nama, tetapi mereka senaraikan keutamaan mereka. Apa masalahnya untuk mereka hantar lebih daripada satu nama?”
Dalam erti kata mudahnya, tindakan yang dilakukan oleh PKR sebelum ini merupakan satu penghinaan yang cukup besar terhadap institusi Raja - Raja Melayu dan membuktikan bahawa mereka tidak menghormati Perlembagaan Negara secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping