Jumaat, Disember 15, 2017

Katanya dia nak memperjuangkan kebebasan Media. Tapi kenapa dia bertindak menghina wartawan yang hanya menjalankan tugas secara terbuka melalui laman media sosial miliknya?

Dimana slogan yang mengatakan bahawa puak Pakatan Haprak tu menghormati wartawan dan juga pihak media serta mahu memperjuangkan kebebasan media yang dilaungkan sebelum ini?

Apa yang jelas, tindakan yang telah dilakukan oleh Si Rafizi itu bukan sahaja boleh dianggap sebagai satu penghinaan secara terbuka terhadap dunia kewartawanan dan media itu sendiri.

Malah Naib Presiden PKR itu juga turut menyerang peribadi wartawan yang bertugas itu dengan memalukan dia melalui sidang media yang disiarkan secara lansung yang dilaman media sosial.
Bayangkan. Dimana letaknya maruah wartawan tersebut setelah dia dimalukan oleh Si Rafizi sedemikian rupa? Apakah dia tidak ada keluarga, saudara mara atau rakan - rakan yang menonton sidang media tersebut?

Adakah maruah wartawan itu hanya duduk dihujung tapak kaki Si Rafizi itu sahaja? Bagaimana pula dengan maruah keluarga wartawan terbabit? Adakah semua itu tidak penting buat Si Rafizi?

Soalnya, salah ke wartawan tersebut turut hadir dalam sidang media yang diadakan? Adakah terlalu Eksklusif sidang media Si Rafizi itu sehinggakan orang luar tak boleh turut serta?

Dari satu sudut, penghinaan Rafizi terhadap wartawan Media Prima itu hanya menyerlahkan lagi sifat Pengecut pemimpin PKR yang enggan berhadapan dengan dunia nyata.

Apa yang pasti, tindakan Si Rafizi itu secara tidak lansung membuktikan bahawa pemimpin PKR menganggap semua orang yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai golongan yang tidak bermaruah yang boleh diperkotak - katikkan sesuka hati!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Harapan utk kalah pru makin cerah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping