Khamis, Disember 14, 2017

Kalau ahli Pakatan keluar parti, ada yang mendakwa mereka mendapat habuan, dedak dan disogok dengan tawaran yang bernilai berjuta - juta ringgit. Itulah yang sering menjadi alasan puak Pakatan Haprak ni.

Tapi bagaimana pula jika ada dikalangan ahli UMNO yang keluar parti dan menyertai Pakatan Haprak? Kenapa mereka tidak mengecam tindakan yang dilakukan oleh ahli tersebut?

Sebaliknya, puak Pakatan Haprak tu pandai pulak memuji dan mendakwa kononnya bekas ahli parti itu bijak memilih perjuangan yang KONONnya 'Suci' untuk menjaga kebajikan rakyat.

Namun apa yang jelas, pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris yang juga merupakan bekas ahli UMNO bagi menyertai PKR tidak memberi kesan kepada NGO tersebut.

Sebaliknya, menurut kata Presiden Perkasa, sebagai sebuah badan pertubuhan bukan politik, penyertaan mana - mana ahli ke dalam parti politik merupakan perkara biasa yang lazim.
“Tidak ada apa-apa kesan kepada perjuangan Perkasa mengenai berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR.
“Untuk makluman, sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang menyertai berbagai parti politik termasuk yg menyertai PPBM, PAN dan PAS.
“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai UMNO. Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.
“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yg sesuai,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim Ali juga turut membidas khabar angin yang mengatakan bahawa keputusan Irwan Fahmi itu juga memberi kesan kepada kepimpinan Wira Perkasa.

Menurutnya, perlantikan Burhanudin Ruslan yang mengantikan Irwan Fahmi sebagai Ketua Wira Perkasa sejak sekian yang lalu juga memberikan kesan yang positif kepada pertubuhan itu.

Justeru, Ibrahim Ali menegaskan bahawa Perkasa sentiasa berlapang dada dengan apa juga keputusan yang dibuat dalam memilih mana - mana parti politik sebagai pentas perjuangan mereka.

Dalam erti kata lainnya, tindakan mereka yang bertindak keluar parti dan menyertai parti lain itu merupakan perkara biasa. Tinggal lagi, pemikiran jumud puak Pakatan itu sahaja yang suka membuat dakwaan kononnya mereka yang meninggalkan Pakatan mendapat habuan!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping