Khamis, Disember 21, 2017

Susulan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Felda dan FGV kerana menabur fitnah, Presiden PKR menggelupor biawak memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Peguam Francis Pereira, yang mewakili Wan Azizah dan dua yang lain, mengesahkan bahawa dia telah menerima arahan untuk memfailkan rayuan tersebut dimahkamah.
"Kami mempunyai 30 hari untuk memfailkan notis itu, dan ia akan difailkan kerana saya baru menerima arahan," katanya dipetik Malaysiakini. 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu memerintahkan Wan Azizah dan dua yang lain membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada Felda dan FGV atas dua artikel fitnah yang disiarkan dalam akhbar PKR, Suara Keadilan, tujuh tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi pada mulanya hanya menetapkan kadar ganti rugi sebanyak RM70,000 terhadap tuduhan yang sama.

Namun Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata, Timbalan Pendaftar yang mengeluarkan perintah terhadap ganti rugi itu sebelum ini gagal untuk menilai bahawa apabila artikel bertajuk 'Felda Bankrap' dan artikel berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu', menyebabkan perayu mengalami kerugian kewangan dan sahamnya merudum.

Beliau berkata, mahkamah berpandangan jika jumlah itu tidak diketepikan dan digantikan dengan jumlah ganti rugi yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan semua pihak memandang remeh kepada kes fitnah yang dilemparkan terhadap badan berkanun.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aiii manusia masa dok menyaman org bkn main seronok.. lagi seronok bila menang.. terlajak seronok bila dpt habuan.. katanya bayaran gantirugi HARGADIRI.. bila kena btg pisang opps btg idung tau pulak nak merayu...nak tanya je baru baru ni dpt berapa dr kes papa di gomol gomol... ambik ke tak duit tu???..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping