Jumaat, Disember 08, 2017

Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja - Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.
“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.
“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.
“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.
“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.
Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.

Categories: ,

5 ulasan:

  1. Apa lagi zahib, Sultan dah suroh berambus... bolehlah anda berhijrah...angkat kaki ketempat lain untuk cari makan! Apakah kesudahan ahli politik basi ni, kesian...

    BalasPadam
  2. Rakyat nak tengok langkah seterusnya dari peguam hebat ni? ada berani ke nak bawa kes kemahkamah?

    BalasPadam
  3. Retis tak boleh berpolitik tapi Sultan boleh berpolitik.
    Bila berpolitik, tentulah kena rembat, jadi jangan berpolitik.
    Duduk dediam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sultan tiada hak menegur rakyatnya yg biadap & bongok???
      Babidap mcm kau mmg bongok pun

      Padam
  4. Sesat dan menyesatkan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping