Rabu, April 04, 2018

Keceluparan PAS membangkitkan isu berkaitan dengan peruntukan ADUN di Selangor sebelum ini jelas mewujudkan tekanan kepada pemerintahan Rejim Pakatan pimpinan Azmin.


Nak pulak apabila PAS menghantar surat terbuka kepada DYMM Sultan Selangor agar baginda turut mengambil berat terhadap tindakan diktator yang dilakukan oleh Rejim Azmin itu.


Keadaan itu membuatkan Azmin berada dalam keadaan yang sangat terdesak, disamping dihimpit dengan isu berkaitan tanah peneroka di Ijok yang masih GAGAL dijelaskan sehingga kini.


Maka, jalan keluar sementara yang dapat difikirkan oleh Azmin ialah dengan memberikan 'Gula - Gula' kepada sebahagian daripada ADUN PAS Selangor agar mereka menutup mulut.


Tapi realitinya, tidak semua ADUN PAS Selangor itu yang mendapat 'Gula - Gula' dari Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, hanya segelintir sahaja yang memperolehinya.


Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Rejim pemerintahan Azmin Ali ni tak lebih dari sekadar 'Wayang Politik' untuk menutup skandal berkaitan dengan peruntukan tersebut.


Mungkin Rejim pemerintahan Azmin Ali ingat, dengan memberikan sebahagian peruntukan kepada beberapa orang pemimpin tertentu dalam PAS boleh membuatkan rakyat lupa tindakan zalim mereka itu.


Apa yang jelas, tindakan Rejim pemerintahan Azmin Ali itu membuktikan bahawa mereka tidak benar - benar ikhlas nak menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, mereka cuba nak memperbodohkan rakyat dengan taktik Politik Longkang sedemikian rupa!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. azmin sorg je yg sanggup minum air empangan.. org katalah jgn buat projek dlm jamban nanti sue..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping