Sabtu, April 07, 2018

Jangan salahkan pihak lain sebaliknya PPBM harus akur kesilapan bermula daripada partinya sendiri, kata bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.


Beliau berkata PPBM walaupun diterajui pemimpin berpengalaman jelas tidak mampu menguruskan perkara-perkara asas, hingga menyebabkan partinya terbubar, selepas hanya setahun ditubuhkan.


“Jangan cuba untuk menuding jari kepada pihak lain. Semua pihak perlu akur dengan keputusan ini.


“Saya tidak lihat keputusan ini berpunca daripada salah guna kuasa di pihak ROS, sebaliknya ia jelas disebabkan kelemahan tadbir urus para pemimpin parti,” katanya dipetik Utusan Oline.


Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran sementara parti tersebut seperti yang diumumkan Pendaftaran Pertubuhan(RoS) hari ini.


RoS dalam kenyataan semalam mengumumkan pembubaran PPBM berdasarkan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal menyerahkan lima dokumen berkaitan pendaftarannya kepada jabatan tersebut.


Mengulas lanjut, Hamidah turut mempersoalkan kewajaran pengasas parti tersebut meletakkan klausa yang mereka sendiri tidak mampu penuhi dalam perlembagaan parti.


Katanya, kegagalan parti menubuhkan cawangan parti menonjolkan kepincangan kepemimpinan parti dalam memahami perlembagaan sendiri.


“Kalau sudah tahu mereka tidak mampu nak tubuhkan cawangan, mengapa dimasukkan klausa tersebut dalam perlembagaan?” soalnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping