Selasa, Mei 15, 2018

Nampak gayanya, Rejim Pakatan Baru ini mula menepati janji yang telah dibuat kepada rakyat. Diantara yang akan dilaksanakan ialah mengecilkan jumlah penjawat awam yang sedia ada.


Alasan yang diberikan ialah kerana Rejim Pakatan yang baru ini hanya mempunyai saiz kementerian yang kecil. Maka atas dasar itu, jumlah penjawat awam yang ramai tidak lagi diperlukan.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rejim Pakatan Baru itu membangkitkan kebimbangan dikalangan penjawat awam yang tidak berapa yakin mampu diserap masuk ke agensi swasta.



Desas desus mengatakan bahawa kemungkinan penjawat awam yang akan digugurkan adalah dari kalangan mereka yang mempunyai Gred Rendah serta berstatus Kontrak Sementara.


Turut menjadi tular melalui laman media sosial semalam, seramai 500 orang penjawat awam berstatus kontrak di Putrajaya telah ditamatkan perkhidmatan mereka secara serta merta.


Apa yang pasti, setatus penjawat awam yang sedia ada hari ini bakal tergugat dibawah Rejim Pakatan yang baru. Sebaliknya, kedudukan mereka hanya akan ditentukan oleh agensi swasta. Itu pun kalau mereka layak untuk terus bekerja dengan agensi tersebut!!!
Categories:

6 ulasan:

  1. Pegawai2 kontrak yg dilepaskan yalah lantikan politik oleh Menteri2 dan Kementerian tertentu dibawah regim klepto dulu.

    Lantikan2 ini bertugas sebagai pegawai2 maklumat utk menyebar propaganda regim kpd rakyat dengan peruntukan kerajaan yang di bayar oleh pembayar cukai. Contoh terbaik yalah JASA yang berfungsi sebagai pelindung paling depan kerajaan klepto dan dipenuhi oleh pegawai2 kontrak dan menelan peruntukan lebih RM200 juta setahun.

    Dalam keadaan yang tidak menentu, ini lah contoh kos2 yang akan dijimatkan kerajaan baru, kos politik klepto yang ditanggung rakyat.

    BalasPadam
  2. nasib ler...ramai penjawat awam yg sokong pembangkang....
    tahniah....

    BalasPadam
  3. Kira rezeki juga tu..kita beri(sokong)
    .dia beri balik(pecat)

    BalasPadam
  4. 1. Ppptn tak dimansuh
    2. Akta fake news dikekalkan
    3. Latest harga minyak tak turun...

    Janji2 yg dicapati dlam seminggu memerintah..

    BalasPadam
  5. Sesetengah rakyat sokong pakatan untuk jatuhkan penjawat awam sebenarnya. Bila ramai dibuang sukalah hati mereka sebab selama ni oleh iri hati mereka. Penjawat awam ni penghubung antara mereka dengan mana2 pemerintah kerajaan. Rezeki masing2lah nak buat apa dengki. Kot penjawat awam dah kurang ingat rakyat dapat apa di impikan? Belum tentu lagi lebih2 AI naik nanti. Mana penjawat awam yang sokong pembangkang tumbangkan kerajaan tu umpama sekam dalam padi, gunting dalam lipatan & musuh dalam selimut. Mybe pentadbiran dulu salah tapi jgn hukum semuanya sma. 1 tandan pisang xsmua rosak tpi rkyat xde plihan tpksa lakukan juga tpi igt. Dalam 5 thun apa2 boleh jadi. Kuasa Agong boleh luput. Bukan islam boleh jadi PM. Mana yg fanatik skong sgt tu tmsuk pjawat awam bila perkara ini tjadi usahlah dikesalkan. Itu yg kamu mahukan itu yg kamu akan terima. Rakyat dah tiada kuasa msa tu dah. Mana yg memberontak jdi cm negara luar. Jadi pelarian di negara sendiri. Fikirlah dengan akal jgn nafsu amarah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping