Itu menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Rejim Pakatan itu masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama?
Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ianya turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan.
Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi.
Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan dimahkamah. Maka dia perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri Kewangan itu hanya atas nama sahaja.
Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa pihak Rejim Pakatan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan sedemikian.
Malah persoalannya, adakah Rejim Pakatan itu mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak untuk mengisi jawatan selaku Menteri Kewangan sehingga terpaksa juga lantik Guan Eng?
Secara logiknya, Rejim Pakatan tu boleh melantik orang lain sementara menunggu kes Guan Eng selesai dimahkamah. Sekiranya dia didapati tidak bersalah, Rejim Pakatan tu boleh buat rombakan.
Tetapi nampak gayanya Rejim Pakatan itu tetap berkeras untuk melantik Guan Eng. Ada sebab tertentu ke kenapa Rejim Pakatan tu WAJIB melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan? Ada agenda tertentu ke yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum???
ayah dan anak = dah kena main dengan turn..
BalasPadampadan muka..
Kalau baca isi penulisan anda sudah jelas dan nyata anda adalah dari kaum yang dah tersungkur menyembah bumi.Untuk apa tergesa2 sebelum dipersetujui oleh ketua2 parti yang bertanding. Ini bukan Ameno/BN.
BalasPadamUMNO dan BN adalah parti yang dah lama menjadi tunjang pemerintahan negara setiap lantikan akan dibuat mengikut acuan lamanya. Mereka tidak perlu kepada desakan dari mana2 pejal lagi pulak PM berkuasa penuh untuk membuat lantikan ada yang tak terlibat dgn politik pun boleh dilantik PH adalah parti baru keupayaan untuk memegang satu kementerian mestilah dilihat dari setiap sudut apatah lagi untuk menerajui kementerian yang penting.Kenapa kamu tidak menulis mengenai SPR yang dilantik oleh BN sampai dekat pagi pun masih tak boleh umum keputusan PRU lagi.Sedangkan sebelum ini paling lewat pun sekitar pukul 12-1 sudah boleh boleh diistihar.Tapi pengerusinya adalah seorang yang hebat.
BalasPadamItu zaman bila yop.
PadamPengundi berapa K
Sekarang ada yg cecah 120k di parlimen
Pakatan tidak akan dapat memuktamadkan kewujudan sebuah kabinet penuh sehingga mendapat kata putus Anwar Ibrahim. Dalam kalangan parti-parti lain dalam Pakatan memang ada kesepakatan. Malah keceluparan Rafizi juga perlu diambil-kira kerana PKR menang 49 kerusi parlimen yg menjadikan ia minoriti dalam pakatan
BalasPadamTengok prestasi kewangan,ekonomi dan hutang Pulau Pinang. Kaji dan study baru bagi komen kenapa Liguaneng dilihat calon yg sesuai utk menteri kewangan. Sebelum bagi pendapat rambang elok tengok faktor2 tu semua supaya kita tak becakap seperti tong kosong
BalasPadamMemang lew..jual abis tanah penang utk lupus hutang.
PadamNow bukan kerajaan rule of law, tapi kera rule the law
BalasPadam