Terasa hairan juga apabila Ketua Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak tu menyerang Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal penyelewengan rasuah ini secara terbuka.
Kenapa Lim Guan Eng itu diserang oleh salah seorang Punahsihat lantikan Perdana Menteri itu dengan labelkan sedemikian rupa? Adakah kerana tindakan Guan Eng telah memalukan PM?
Jika sebelum ini, salah seorang Punahsihat Rejim Pakatan itu tampil membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh. Tetapi kemudian Punahsihat itu pun hilang.
Kenyataan itu disusuli dengan pendedahan kononnya hutang yang ditanggung Negara pada ketika ini adalah sebanyak RM 1 Trillion menurut apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.
Tetapi kemudian, Guan Eng tampil dan mendakwa hutang Negara hanya sebanyak RM 686.8 billion sahaja. Kurang RM 400 billion dari apa yang didakwa oleh Perdana Menteri itu sendiri.
Perbedaan kedua - dua kenyataan itu secara umumnya membuatkan rakyat sendiri berada dalam keadaan kebinggungan. Yang mana satu yang betul ni? RM 1 Trillion atau RM 686.8 billion?
Kalau angka RM 1 Trillion tu sedap lagi la Macai Rejim Pakatan dengar sehingga menyebabkan mereka melancarkan 'Crowdfunding' dengan alasan nak 'Bantu Bayar Hutang Negara'.
Tapi kalau RM 686.8 billion, angka itu sama seperti yang telah dibentangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Jadi, mana mungkin Macai Rejim Pakatan boleh menerimanya. Mungkinkah sebab itu Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal rasuah itu dikecam oleh Punahsihat PM???
Pepatah Melayu: Si Jalak ayam jantan PH Kokoknya berderai-derai PUNGGUNGnya BERGELUMANG najis (taik). Bagaimanapun akan dibebaskanlah tu....tengokkan.
BalasPadam