Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa, terdapat gerakan sulit untuk menghalang Ketua Umum PKR dan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Berdasarkan satu sumber dalaman, Badrul berkata, dia percaya ada satu gerakan dinamakan “Third Force” yang bercita tinggi dalam politik yang diselia oleh Kalimullah dikesan cuba untuk melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Anwar agar peralihan kuasa erdana Mentari dalam tempoh dua tahun ini gagal.
Katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kumpulan ini juga sedang merancang untuk melengahkan serta menghalang Anwar dari menjadi Ahli Parlimen.
"Kumpulan ini dengan dana yang besar telah mengumpulkan 'cybertrooper' berbayar mereka yang terdiri dari muka baru dan lama. Sasaran mereka menghancurkan imej Anwar Ibrahim dengan menggambarkan Anwar lemah dan tamak.
"Malah kumpulan ini mula menyusun gerakan dalam PKR itu sendiri khususnya dalam pemilihan parti. Setelah diselidiki 'cap jari' Kalimullah dikesan dibanyak tempat.
"Ramai merasakan kurang senang dan meminta Kalimullah Hassan supaya jangan campur tangan secara melampau khususnya dalam pemilihan parti PKR yang akan datang.
"Gerakan “Third Force” ini mula dihidu oleh beberapa kelompok khususnya yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Namun tanpa menafikan mereka sangat licik," katanya yang dipetik menerusi blognya.
Chegu Bard berkata, Kalimullah dan “Third Force” nya perlu tahu bahawa janji pilihanraya Pakatan Harapan kepada rakyat adalah Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.