Selasa, Jun 05, 2018

Apakah ini yang dikatakan sebagai mengikut 'Rule of Law' yang digembar - gemburkan sebaik sahaja mereka menang dalam Pilihan Raya Umum yang baru selesai hampir sebulan yang lalu?


Kalau dilihat dari sudut mana sekali pun, Rejim Pakatan yang baru itu sedikit pun tidak menghormati sistem perundangan yang sedia ada wujud di Malaysia. Sebaliknya, mereka ikut undang - undang mereka sendiri.


Sehingga ke hari ini, bukti yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan penyelewengan 1MDB masih GAGAL didedahkan kepada umum. Tiada pendakwaan yang dibuat.


Sekarang mereka sibuk pulak dengan isu mengenai perlantikan Peguam Negara yang jelas tidak mengikut peruntukan Perlembagaan. Sebaliknya, mereka cuba mengugut Yang DiPertuan Agong.


Secara asasnya, umum mengetahui bahawa sistem perundangan dan pentadbiran di Malaysia adalah badan yang berasingan. Namun Rejim Pakatan hari ini cuba nak mengawal kedua - duanya serentak.


Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan itu membuktikan seolah - olah mereka cuba merampas Kedaulatan Undang - Undang Negara dengan menggunakan pintu belakang.


Alasan kononnya perlantikan ke atas Tommy Thomas sebagai bukti kononnya Rejim Pakatan itu serius nak membetulkan institusi Negara yang cacat hanya sekadar RETORIK semata - mata.


Pokok pangkalnya, tindakan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Rejim Pakatan yang baru itu menunjukkan seolah - olah mereka mahu 'Absolute Power' sehingga sanggup mengugut kedudukan Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja - Raja Melayu!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Alangkah hina manusia ini diciptakan.tuhan supaya Sabar dan
    sedar berfikir tentang sukarnya mentadbir negara

    BalasPadam
  2. penyokong melayu pakatan akan melihat nnt macam mana mathir anwar dan lain2 ketua diaorg yg melayu ni akan dipijak pijak..
    hancur kuasa melayu di tanah melayu..

    BalasPadam
  3. nak dakwa najib macamana ,peguam negara tak dilantik lagi,tunggu lepas rasmi dilantik berasap lah umno dan najib kena heret habis sorang demi sorang kes samun berbillion ringgit oleh penyamun ntarbus,tunggu lah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping