Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Makin hangat pemilihan PKR kali ini. Tumpuan hanya diberikan kepada jawatan Timbalan Presiden kerana kedua - duanya berkempen bagai nak gila. Dan sememang kedua - dua calon itu juga memang dah gila walaupun tidak bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR sekali pun. Mereka sah GILA KUASA.
Malah senario pemilihan PKR ini juga membuka mata bukan sahaja ahlinya, tetapi bagi seluruh rakyat Malaysia akan hakikat sebenar PKR. Itu pun bagi mereka yang mengambil ikhtibar terhadapnya. Jika Allah S.W.T telah menutup pintu hati mereka untuk melihat kebenaran ini, Semut tak tahu nak kata apa lagi.
Terbaru, Zaid Ibrahim didakwa meng'ia'kan pandangan pelbagai pihak yang mengatakan Presiden PKR hanya boneka semata - mata. Beliau sebelum ini telah menyatakan bahawa Jawatan Presiden parti tersebut tidak ada sebarang kuasa kerana ada pihak lain yang lebih berkuasa.
Maka secara tak lansung, Zaid Ibrahim mengakui bahawa Jawatan yang disandang oleh Kak Wan tidak ada membawa apa - apa makna pun. Jadi, persoalan Semut mudah sahaja dalam menilai Struktur Organisasi parti ini. Kalau sudah terbukti bahawa jawatan Presiden tidak mempunyai apa - apa makna dan fungsi, buat apa ada jawatan tersebut? Baik buang saja. Tak guna jadi Presiden parti jika tidak ada fungsi dan tak mampu nak buat apa - apa.
Yang lebih menghairankan, jawatan tersebut tidak pula hangat diperkatakan. Malah sampai hari ini, masih belum ada sesiapa pun yang menawar diri untuk bertanding jawatan tersebut. Adakah ianya kerana jawatan tersebut 'useless' sampai tidak ada siapa pun yang nak bertanding? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Memang betula la Jawatan Presiden itu takde kuasa dan ada yang lebih berkuasa darinya. Bukankah Allah S.W.T itu Maha Berkuasa ke atas segalasesuatu dalam dunia ini? Subhanallah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.