"...Saya Sokong Zaid..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau dulu bila ditanya Bahagian Lembah Pantai bakal menyokong sapa, dia kata No Komen. Dia tidak akan menyebelahi sesiapa. Baik Azmin mahupun Zaid Ibrahim kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Dah bagus dah dia tidak bersikap 'Bias' terhadap mana - mana individu.
Alih - alih, balik dari Kuching terus ubah fikiran. Sebaik sahaja dengar kata Syed Husin tak bertanding mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR, si Anak Kecil ini terus berbunyi. Beliau secara terbuka telah menyatakan sokongan beliau kepada Zaid Ibrahim. Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR sangat memerlukan pemimpin sepertinya.
Agak menghairankan juga kenyataan si Anak Kecil ini kerana ianya secara tiba - tiba. Banyak perkara yang boleh dijadikan spekulasi. Pertama, Bukankah Zaid juga turut ke Kuching sebelum ini? Adakah si Anak Kecil ini telah di'brainwash'kan oleh si Zaid sewaktu disana?
Kedua, Adakah si Anak Kecil ini juga turut menyokong rasa hati ibunya dengan menyatakan sokongan kepada Zaid dan bukan kepada Azmin? Menurut pendapat beberapa ahli PKR sendiri menyatakan bahawa Kak Wan memang bersikap dingin terhadap Azmin kerana 'Sejarah Silam' Anwar dengannya dulu. Adakah si Anak Kecil ini juga mengambil pendirian sedemikian?
Ketiga, sudah jelas bahawa si Anak Kecil ini secara terang - terangan mempunyai pendapat yang jauh berbeza dengan Papanya sendiri. Jika sebelum ini beliau mempertikaikan Keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan sedangkan Papanya mahu Perlembagaan itu dihormati. Malah si Anak Kecil ini secara tidak sengaja mempertikaikan tindakan Papanya sewaktu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran dan memansuhkan Biasiswa Penuh untuk Melayu dan Bumiputera.
Adakah si Anak Kecil ini sekali lagi mahu menyatakan pendirian yang bertentangan dengan Papanya? Berani betul beliau bersuara dan menentang 'Anak Emas' Papanya sendiri. Ini satu perkembangan terbaru bagi beliau. Adakah beliau sedang dalam usaha untuk keluar dari bayangnya Anwar Ibrahim dengan menentangnya secara terang - terangan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
apa nak dikato "Papa bohong anak menipu mama pelakon anak main wayang " semua tu gimik anak beranak.....jangan percaya....
BalasPadamMungkin Nurul ini ingin menguji atau mahu papa dia buat pilihan pd siapa papa dia akn utamakan..anak kandung dr darah daging atau anak ikan jinak belaan anwar?? Hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahuallam.
BalasPadamTentu ada sebab dia tidak sokong Azmin!
BalasPadam